Demi Moore mahukan anak dengan Ashton Kutcher

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Demi Moore mahukan anak bersama suaminya, Ashton Kutcher. - foto REUTERS
Demi Moore mahukan anak bersama suaminya, Ashton Kutcher. - foto REUTERS

AKTRESS Hollywood, Demi Moore, 46, mahu mendapatkan anak dengan suaminya Ashton Kutcher, 31.

Demi Moore mempunyai tiga orang anak perempuan hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Bruce Willis.

Menurutnya ia masih belum terlambat dan dia masih lagi mampu untuk membesarkan sekiranya dikurniakan dengan seorang anak lagi.

Perkara itu sudahpun dibincangkan dengan suaminya, Ashton, lapor sebuah laman web.

"Saya seorang yang optimis, saya lebih fokus untuk melakukan sesuatu yang mengembirkan daripada sesuatu yang membuatkan saya takut," katanya.

Demi Moore telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Ashton Kutchr selama empat tahun.

Baginya perbezaan umur bukanlah penghalang kepada hubungan mereka.

"Ashton sendiri tidak ada masalah mengenai perbezaan umur antara kami, apa yang penting bagi

saya ialah kami mempunyai banyak persamaan dan perkara yang boleh dikongsi serta kami saling mencintai," kata aktress itu lagi.

"Saya tidak mahu menyembunyikan perasaan bahawa saya juga gembira hidup bersama dengan seorang lelaki kacak seperti Ashton!

"Dia seorang yang bertanggungjawab, saya berkongsi semua perkara dengannya, Ashton juga ibarat kawan saya yang paling rapat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan