Album 'Tahajud Cinta' Siti dipasarkan minggu depan

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAK DILUPA ... Penyanyi nombor satu negara yang juga Duta Yayasan JUSCO Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa dengan Yayasan JUSCO Malaysia di Restoran Rebung di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Presiden Yayasan JUSCO Malaysia Datuk Abdullah Mohd Yusof (dua, kanan).
TAK DILUPA ... Penyanyi nombor satu negara yang juga Duta Yayasan JUSCO Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa dengan Yayasan JUSCO Malaysia di Restoran Rebung di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Presiden Yayasan JUSCO Malaysia Datuk Abdullah Mohd Yusof (dua, kanan).

KUALA LUMPUR: Album kerohanian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang berjudul "Tahajud Cinta" dijangka akan dipasarkan selewatlewatnya 10 September ini.

Beliau berkata walaupun album yang memuatkan lapan buah lagu itu dirancang untuk dipasarkan pada awal Ramadan lalu, namun ia terpaksa ditangguh sehingga minggu ini bagi mendapatkan kelulusan daripada syarikat rakamannya, Suria Records Company (SRC).

Katanya beliau terpanggil untuk merakamkan album kerohanian pertama sejak terlibat dengan teater Sirah Junjungan pada Mac lepas, namun beliau menafikan albumnya itu disiapkan dalam keadaan yang kelam kabut.

"Pembikinan album dijalankan seperti biasa, cuma hendak ambil berkat bulan Ramadan itu yang dicepatkan," katanya kepada Bernama selepas berbuka puasa bersama 100 anak yatim dari Rumah Anak kesayanganku, Rawang dan Asrama Baitul Ummah, Setapak anjuran Yayasan Jusco Malaysia di sini malam tadi.

Siti Nurhaliza berkata konsep keseluruhan album yang menampilkan tiga penerbit terkenal Eddie Marzuki, Audi Mok dan penerbit dari Indonesia, Tya Subiakto itu masih berteraskan genre pop walaupun ia memuatkan beberapa lagu kerohanian seperti "Asma Ul Husna", "Ya Rasulullah", "Pintu Raudah" dan "Ku Percaya Ada Cinta".

Sementara itu semasa ditanya mengenai sambutan Hari Raya, Siti Nurhaliza yang juga Duta Yayasan Jusco Malaysia berkata ini merupakan tahun pertama beliau dan keluarga menyambutnya tanpa kehadiran ayahnya Taruddin Ismail yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada Februari lepas.

"Memang berbeza, terasa syahdu sangat, terasa kehilangan, selalunya selepas sembahyang raya kami adikberadik bersalam dengan arwah abah, tapi tahun ini tidak dapat.

"Pagi raya nanti kami memang rancang hendak ziarah kubur arwah abah dan mendoakan arwah," katanya yang akan berhari raya di kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan