Nabila lantik pengurus baru untuk urus jadual kerjanya

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabila sibuk bekerja hingga hari-hari menjelang Syawal.
Nabila sibuk bekerja hingga hari-hari menjelang Syawal.

PUTERI rocker Amy Search, Nabila Huda Suhaimi ialah artis yang sangat sibuk. Orangnya rajin bekerja bagaikan semut penghimpun melukut.

Dia terlibat dengan penggambaran demi penggambaran - episod bersilih ganti dengan episod. Begitu juga dengan drama saling berantaian.

Kesibukannya yang teramat sangat dilaporkan media baru-baru ini. Benarkah Nabila gila kerja?

Pelakon dan pengacara terkenal ini menjelaskan bahawa jadual kerja bulan ini sebenarnya telah ditetapkan pada bulan lalu.

"Jadi okay, boleh.... tapi bulan depan. Saya beritahu pihak terbabit," kata Nabila ketika ditemui di program rakaman Melodi TV3 sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Malah Nabila memberitahu, dia hanya dapat bercuti lima hari sebelum Hari Raya. "Aktiviti-aktiviti saya cuma habis pada 16-17 September ini," ujarnya yang terlibat dalam drama bersiri 13 episod, Sarimaya musim kedua terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd untuk saluran TV9.

"Waktu-waktu tersebutlah saya dapat membeli-belah dan membuat persiapan terakhir untuk menyambut Hari Raya," katanya.

Ditanya tentang di mana dia berhari Raya tahun ini, Nabila berkata, dia tidak balik ke kampung halamannya di Johor Bahru.

"Ini kerana pada bulan depan, ibu angkat saya bakal bersalin. Mungkin pada 18 atau 19 haribulan Oktober ini. Nenek pula berada di Klang. Jadi, saya akan menyambut Hari Raya di sini," katanya yang berasa teruja untuk menyambut kelahiran adiknya.

Kesibukan bekerja telah sebati dalam kehidupan personaliti ini. Nabila, 25, berkata, dia sudah terbiasa dengan jadual waktu kerja yang sangat ketat sebelum berkahwin lagi.

"Masa berkahwin pun, saya cuti pada hari perkahwinan sahaja. Keesokan harinya saya kembali bekerja...Tiga hari selepas itu, baru boleh bercuti," akui Nabila yang bersyukur memiliki suami Zaidy Zailani yang cukup memahami tuntutan kerjaya seninya.

Untuk membantu dirinya menguruskan jadual kerja yang cukup padat, Nabila memberitahu dia telah melantik seorang pengurus baru bernama Niza.

Niza menurut Nabila, ialah kenalan rapatnya yang akan menjadi "pelengkap" dalam menguruskan kerjaya seninya.

"Sebelum ini, saya menguruskan segala aktiviti, program dan jadual kerjaya saya. Sekarang, Niza dapat membantu saya," kata Nabila.

Nabila memberitahu, dia tidak memilih sembarangan individu sebagai pengurusnya. "Biarlah dia seorang yang boleh saya berkongsi masalah dan perasaan. Kebetulan Niza kenalan rapat saya mendorong saya melantiknya sebagai pengurus saya," ujar Nabila lagi.

Mengenai imej negatif yang dikaitkan dengannya ekoran lakonan dalam Bohsia, Nabila tidak melenting dan membiarkan kontroversi sedemikian beransur-ansur reda.

Dalam filem Bohsia, terdapat satu adegan panas yang memperlihatkan Nabila Huda berkemban bersama dengan pelakon Shamsul Yusof.

"Orang lain nampak saya bawa watak budak nakal tetapi saya lihat pengarah filem memberikan kepercayaan kepada saya untuk membawa watak sedemikian.

"Media yang suka mencetuskan kontroversi ... Okey.. saya tidak melenting kalau setiap laporannya adalah negatif. Kalau saya rileks, orang akan bosan," akui Nabila yang telah masak dengan asam garam dunia hiburan.

Walaupun ribut kontroversi membadainya, Nabila tetap tidak akan selektif dalam pemilihan filem.

Jelasnya, seorang pelakon versatil tidak akan memilih watak tertentu sahaja untuk dibawa. "Pada pendapat saya, pelakon yang terlalu selektif tidak akan ke mana," katanya terus-terang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan