Demi Moore nafi jalani pembedahan supaya kelihatan muda

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebelum ini ura-ura mengatakan aktress berusia 46 tahun itu telah membelanjakan lebih daripada 200,000 pound untuk melakukan pembedahan kecantikannya. - foto AP
Sebelum ini ura-ura mengatakan aktress berusia 46 tahun itu telah membelanjakan lebih daripada 200,000 pound untuk melakukan pembedahan kecantikannya. - foto AP

AKTRESS Demi Moore berang dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wajahnya masih lagi kelihatan muda adalah disebabkan pembedahan plastik yang dilakukannya.

Sebelum ini ura-ura mengatakan aktress berusia 46 tahun itu telah membelanjakan lebih daripada 200,000 pound untuk melakukan pembedahan kecantikannya.

"Itu semua adalah bohong. Saya tidak pernah melakukannya. Saya sendiri pun tidak ada masalah bagi sesiapa yang mahu melakukan pembedahan seumpama itu sekiranya individu tersebut merasakan itulah yang terbaik baginya," kata aktress filem 'The Indecent Proposal' itu.

"Tapi saya berpendapat ia bukanlah cara terbaik untuk kelihatan muda. Kesan daripada pembedahan tersebut tidak akan membuatkan anda gembira," katanya lagi.

Bagaimanapun ibu kepada tiga orang anak itu tidak menolak dakwaan bahawa pernah melakukan sebarang pembedahan yang berkaitan.

"Saya pernah menangis melihat diri saya di cermin dan ketika itulah saya baru sedar dan tidak mahu lagi memikirkan untuk meneruskannya.

"Kini saya lebih suka menjadi diri saya yang sebenar daripada berusaha sedaya upaya untuk kelihatan muda," kata Demi Moore.

Bekas isteri kepada Bruce Willis itu mengatakan faktor usia antara dia dengan suaminya Ashton Kutcher, 31, bukanlah satu masalah baginya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan