Nora aktif promosi produk ‘Secukup Rasa’ secara online

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nora telah mengendalikan perniagaan 'Secukup Rasa' sejak tujuh tahun lalu. -foto koleksi NORA
Nora telah mengendalikan perniagaan 'Secukup Rasa' sejak tujuh tahun lalu. -foto koleksi NORA

LAGU ‘Desa Tercinta’ pastinya mengingatkan pengikut industri seni tempatan kepada penyanyi popular Nora yang masih lagi mewarnai bakatnya dengan lagu-lagu yang menyedapkan halwa telinga.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin yang berasal dari Kelantan ini sememangnya terkenal dengan lagu-lagu yang menggunakan loghat negerinya itu dan terbaru, Nora akan tampil dengan lagu bercorak kerohanian.

Lagu yang diberi nama ‘Pedoman’ itu dicipta oleh suaminya, Johan Nawawi sementara liriknya ditulis oleh anggota kumpulan Mirwana.

“Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru ‘Pedoman’ dalam pertengahan atau penghujung puasa ini sebelum diterbitkan selepas raya nanti.

“Lagu ini bergenre balada yang lebih memberikan mesej yang baik. Kalau kita menyanyi tak semestinya kita tak boleh berdakwah.

“Walaupun lagu ini bukan lagu nasyid tetapi secara halusnya ia mampu menyampaikan sesuatu mesej berguna.

“Ia bukan sahaja ringkas dan menggunakan perkataan yang mudah difahami tetapi secara tak langsung boleh memberikan kesedaran..insya-Allah,” katanya yang sedikit-sebanyak mula terbuka hati untuk membawakan lagu-lagu berbentuk kerohanian dan ketuhanan.

Menurutnya, pendengar perlu memuat turun lagu ini menerusi online atau pergi ke laman web YouTube.

Tambahnya mengenai perancangan pada masa hadapan, Nora yang enggan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang projek terbarunya itu berkata dia akan melakukan sesuatu ‘projek besar’ selepas raya nanti.

“Nak tahu projek besar apa, tunggu ya. Insya-Allah, projek ini akan melibatkan kanak-kanak..,” katanya yang turut sibuk dengan bisnes rayanya.

Jual produk ‘Secukup Rasa’ menerusi online

Dalam memikirkan karier seninya, Nora masih sempat melakukan bisnes produk raya yang diberi nama ‘Secukup Rasa’ yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu.

Jika sebelum ini, Nora menjual produk buatan sendiri ini secara kecil-kecilan atau talian telefon.

Namun, pada tahun ini pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ meluaskan pasaran produk-produk berasaskan makanan itu melalui internet atau online pula iaitu www.secukuprasa.com.my.

“Setiap kali bulan puasa memang saya akan menjual produk seperti biskut, kek dan hamper tetapi tahun ini cara jualan berlainan sedikit sebab saya menggunakan kaedah online.

“Saya mencuba cara ini sebab kita ingin kembangkan pasaran ke luar negara. Selain itu, kita cuba jual kepada pelajar-pelajar Melayu yang belajar di luar negara dan tidak dapat pulang beraya.

“Jadi, mereka boleh menempah produk raya ini untuk dihadiahkan kepada keluarga mereka di sini (Malaysia) dan kita akan sediakan perkhidmatan penghantaran kepada keluarga mereka mengikut alamat yang diberikan.

“Selain itu, kita juga telah memasuki pasaran Singapura, Timur Tengah, Sabah dan Sarawak,” jelasnya mengenai perniagaan yang dikendalikan di bawah syarikatnya, WNA Industries.

Sebut tentang harga, Nora berkata hamper-hamper raya dijual pada harga RM50 hingga RM500 manakala biskut dijual pada harga RM15 untuk 30 biji, RM20 (50 biji) dan RM55 (100 biji).

“Sebanyak 15 jenis biskut yang dijual dan yang paling ‘hot’ di pasaran dalam 12 jenis seperti Chocolate Shortbread, Tat Nenas, Coconut Almond, Biskut Arab dan Semperit.

“Alhamdulillah, kita ada macam-macam biskut dan sekarang pelanggan sudah mula membuat ribuan tempahan.

“Misalnya hamper kita lebih sasarkan kepada golongan korporat. Tetapi, tahun ni kita tak tahu lagi samada tempahannya lebih banyak dari tahun-tahun lepas atau tidak kerana masih awal. Kadangkala, ada juga pelanggan yang suka membuat tempahan pada saat-saat akhir,” cerita Nora penuh ceria.

Tambah Nora, jika ada pelanggan ingin merasa sampel biskut pun dia akan menghantar ke rumah mereka.

“Selain dijual secara online, produk ini juga ada dijual di Secukup Rasa Corner berdekatan Restoran Selera Negeri dalam Amcorp Mall, Petaling Jaya,” katanya yang turut menjual produk makanan segera seperti karipap, murtabak dan roti boom.

Bagi yang berminat, boleh juga menghubungi Nik Hazwan di talian 016-9299421.

Teringin ceburi perniagaan busana muslimah

Dalam pada itu, dia juga menyatakan keinginannya untuk menjual busana muslimah tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

“Saya memang nak menjual pakaian seperti jubah, tudung dan sebagainya dan ada orang yang ‘offer’ tapi saya terpaksa tolak.

“Saya rasa biar dulu kerana saya nak fokus kepada satu perkara sahaja dan biar dibuat satu-satu dulu.

“Kalau ada peluang nanti, Insya-Allah..,” akhirinya yang manis dan cantik dengan bertudung litup di kepala sejak setahun lalu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan