Kate Moss disamakan seperti Peter Pan

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kate Moss disamakan dengan Peter Pan kerana dia mahu sentiasa kelihatan muda. foto-AP
Kate Moss disamakan dengan Peter Pan kerana dia mahu sentiasa kelihatan muda. foto-AP

MODEL terkenal Kate Moss, 35, dikaitkan dengan Peter Pan keranda dia tidak mahu menjadi tua.

Kawan-kawan Kate mengatakan dia lebih suka untuk bergaul dengan wanita yang masih lagi muda.

"Kate suka mendampingi jejaka dan gadis yang masih muda. Lebih kerap dia bergaul dengan mereka, lebih dia merasakan dirinya masih lagi muda," kata kawan yang rapat dengan model itu.

"Dia samalah seperti Peter Pan, dia tidak suka dengan usianya yang semakin lanjut. Kate tidak suka bersama-sama dengan rakan sebayanya," tambah kawannya lagi. "Kate akan memilih pakaian yang popular dikalangan orang muda sekiranya dia mahu kemana-mana," kata kawannya yang lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan