Kamal Pendek perlu jalani pembedahan tulang belakang lepas Raya

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamal Pendek perlu menjalani pembedahan tulang belakang pada bulan Oktober ini. -foto MSTAR
Kamal Pendek perlu menjalani pembedahan tulang belakang pada bulan Oktober ini. -foto MSTAR

SEBUT nama Kamal Pendek, generasi muda mungkin tidak begitu mengenalinya. Kamal Pendek atau nama sebenar Nurul Kamal Mohamad Zainuddin sebenarnya ialah pelakon di persada hiburan tempatan pada 70-an dan 80-an.

Pada zaman itu, Kamal berlakon dalam drama hiburan malam minggu seperti 'Jenaka Rama', 'Hang Setia', 'Program Hari Raya' serta 'Di Ambang Tahun Baru'.

Walaupun dilahirkan kerdil, Kamal tidak menganggapnya sebagai penghalang untuk berlakon dalam filem, drama dan iklan.

Namun, satu kemalangan semasa bekerja tiga tahun lalu memendekkan kerjaya seninya.

"Sekarang saya tidak boleh berlakon lagi kerana sakit tulang belakang. Saya terjatuh dari tangga semasa membuat penyelenggaran lalu tulang belakang saya menjadi bengkok.

"Sekarang saya terpaksa memakai tongkat untuk berjalan. Sukar untuk tidur kerana berbaring pun terasa sakit di bahagian belakang," kata Kamal ketika ditemui pada sesi rakaman 'Melodi Raya' Jumaat lalu di Sunway Lagoon Surf Beach, Jumaat lalu (28 Ogos 2009).

Kamal mengetap bibirnya sambil terkenangkan masa depannya yang kelam ekoran insiden malang itu.

Menurut Kamal, dia terpaksa duduk di rumah kerana tidak dapat bekerja. Malah katanya, dia telah menjalani pembedahan tengkuk di Hospital Besar Kuala Lumpur tidak lama dulu.

"Saya telah menjalani pembedahan tiga tahun lalu. Jika tidak, mulut saya senget sebelah," katanya sambil mengerekotkan wajahnya.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, kata Kamal, para doktor kini menasihatkannya pula untuk segera menjalani satu pembedahan di bahagian tulang belakangnya yang bengkok.

"Doktor memberikan nasihat agar menjalankan pembedahan segera. Kalau tidak, makin lama, makin susah.

"Saya berkemungkinan terkena strok pasal urat-urat kena tindih dengan tulang belakang. Saluran darah akan tersekat," jelas Kamal yang kelihatan tenang kerana ketabahan berdepan dengan dugaan hidupnya.

Kamal memberitahu, dia tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menjalani satu pembedahan tulang belakang selepas raya ini, iaitu pada bulan Oktober ini.

"Kalau pembedahan itu berjalan lancar, saya dikira bernasib baik. Ia akan menjadi okay. Jika tidak, doktor telah memberitahu peluangnya menjadi 50-50," ujarnya yang mula berlakon sejak 1973 menerusi filem pertama, 'Penagih Dadah' arahan Mat Sentul.

Drama terakhir yang dilakonkan Kamal menerusi Radio Televisyen Malaysia adalah pada setahun lalu ialah 'Nenek Glamor' bersama aktres Norlia Ghani.

Mengenai pembedahan tulang belakangnya, kata Kamal, doktor-doktor Hospital Besar Kuala Lumpur akan memasukkan 14 skru untuk "menegakkan" tulang belakangnya yang telah bengkok.

Kamal yang turut aktif bersama Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia berharap kesihatannya bertambah baik.

Jika diturutkan hati, Kamal ingin terus berlakon tetapi dia juga mengenangkan pemergian kawan-kawan rapatnya seperti pelakon dan pelawak veteran, Param Periaphanby dan Ibrahim Pendek.

Apa pun, Kamal optimistik tentang pembedahan kali kedua ini. "Insya-Allah, saya dapat berlakon kembali dan menemui anda semua," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan