Ainul Aishah temui cinta baru

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERCUBAANNYA untuk terjun ke bidang nyanyian bukan kerana mengikut 'trend' atau sekadar suka-suka.

Menurut pelakon Ainul Aishah yang mesra dengan panggilan Ain ini, bergelar penyanyi adalah impiannya sejak kecil lagi.

Namun, tuahnya dalam bidang seni nampaknya lebih memihak pada bidang lakonan.

Tutur gadis berusia 24 tahun ini, dia sendiri tidak menyangka melangkah di dalam arena ini sebagai pelakon, bukannya penyanyi seperti yang diimpikannya.

Meskipun begitu, Ain tidak pernah berasa hampa.

Bagi pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini, dia menganggap apa yang diraihnya sehingga hari ini adalah rezeki. Ternyata langkahnya di dalam bidang lakonan tidak sia-sia.

Saban hari, tawaran berlakon yang diterima semakin lebat.

Malah, akui Ain sendiri, tahun ini rezekinya semakin berlipat ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Terbaru, anak kedua daripada empat beradik ini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 44 episod berjudul Cinta Balqish.

"Alhamdulillah, tawaran berlakon tidak pernah putus. Inilah dinamakan rezeki. Selain Cinta Balqish, saya juga membintangi telemovie Zoey & Joey dan selepas Hari Raya nanti, drama bersiri Senja Rampai pula akan menyusul untuk siaran di Astro Prima.

"Tetapi sempena Ramadan ini, saya ambil keputusan untuk berehat dulu dan akan bersambung semula selepas Hari Raya nanti," ujar Ain yang ditemui pada majlis berbuka puasa artis-artis Aquila Emas bersama anak-anak yatim, baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata Ain, dia juga akan meneruskan hasratnya untuk bergelar penyanyi dan sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan single sulungnya.

"Buat permulaan, saya akan tampil dengan single dulu yang merupakan hasil ciptaan saya sendiri. Tapi akan ada orang yang tolong buat 'arrangement' kelak.

"Dan lagu itu nanti akan berkonsepkan 'pop country', satu genre yang rasanya belum pernah dibuat di negara ini," ujar pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem 'Nana Tanjung'.

Dalam perkembangan lain, Ain juga kini berada di bawah naungan pengurusan Aquila Emas sejak Mei lalu bersama artis-artis seperti Zizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Zed Zaidi dan Airis Yasmin.

"Seronok berada di bawah pengurusan syarikat ini. Perjalanan karier lebih teratur. Sekurang-kurangnya, ada pihak yang boleh membantu saya dalam industri ini," katanya dalam nada ceria.

Sedang dibuai cinta

Jika diikutkan tuan empunya diri, dia tidak mahu lagi terlalu mendedahkan tentang kisah cinta.

Bukan ingin terlalu berahsia, tetapi bagi Ain, dia tidak mahu sering menonjol dengan kisah peribadi.

Namun, berkali-kali dipujuk, gadis ini akhirnya gagal menolak pertanyaan tentang subjek cinta.

Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun dengan seorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, dia kini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalan lanjut dengan jejaka tersebut.

"Baru sebulan mengenali dia. Kami mula bertemu di pejabat ayahnya, ketika itu saya terlibat dengan penggambaran di lokasi tersebut. Dia juga bekerja di sana.

"Memang hubungan ini masih terlalu baru, jadi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang perkara ini," kata Ain tentang hubungannya dengan ahli perniagaan muda berusia 22 tahun itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan