39 program baru Hari Raya di 5 saluran Astro

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPENA sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Astro Entertainment Sdn. Bhd. melalui saluran-salurannya yang pelbagai bakal menghiburkan para penonton dan pelanggan-pelanggan Astro dengan 39 program baru termasuk filem.

Lima buah saluran Astro bergabung tenaga bagi memastikan kelancaran penayangan program-program hebat Raya ini iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Astro Oasis (saluran 106), Astro Citra (saluran 131) dan Astro Warna (saluran 132).

Kemeriahan sambutan Hari Raya menjadi lebih menarik apabila Astro telah membariskan himpunan program dan genre yang diwarnai dengan nama-nama hebat dalam arena hiburan tanah air seperti Mawi, Nabil, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Mila, Zahid, Aznil Nawawi, Erra Fazira dan Anita Sarawak di sepanjang sembilan hari ‘Istimewa Tayangan Raya’.

Antara rancangan-rancangan yang pastinya menyengat dan mendapat sambutan ramai adalah ‘Mega Raya Astro’, ‘Lemang Si Bujang Sepah’, ‘Habibi Mawi Aidilfitri’, ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya!’, ‘Lentera Aidilfitri Dato’ Siti’, ‘Cinta Meriam Buluh’, ‘Duyung’ dan ‘Glamor Raya’.

Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, “Kami ingin meneruskan kesinambungan program-program hebat yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan dengan terus mengekalkan objektif utama Astro iaitu memberikan hiburan berterusan.

“Program-program dari pelbagai genre seperti telefilem, komedi romantik, muzikal, konsert, majalah, hiburan dan pelbagai lagi bakal berselang-seli menghiburkan para penonton yang datang dari masyarakat majmuk dan lapisan umur.

“Kami telah menyusun strategi demi memastikan kelima-lima saluran yang terlibat menyiarkan program yang sesuai untuk tontonan kumpulan sasaran masing-masing.”

Antara telefilem yang dijangka mendapat sambutan hangat pada Hari Raya nanti ialah ‘Takbirratulihram’, ‘Riuh Sebelum Raya’, ‘Takbir Terakhir’, ‘Mencari Katarsis’, ‘Baju Raya Mona’, ‘Pelita Terang Tang Tang’, ‘Doa Ibu’, ‘Pak Ngah 4D’, ‘D’Debab Raya’, ‘Kesempatan dalam Kesempitan’, ‘Mawi oh Mawi’, ‘Damak’ dan ‘Dodol Si Dodol’.

Tiga buah filem baru bakal disiarkan di Astro Citra yang boleh didapati melalui pakej mustika iaitu ‘Senario The Movie: Episode 1’, Los dan Faun’ dan ‘Apa Kata Hati?’.

Di samping itu, program-program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa sempena Hari Raya seperti ‘Kelab Pop Rayalah Pulak’, ‘Trek Selebriti Raya’ , ‘Macam-Macam Aznil Raya’, ‘Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!’, ‘Deko Raya Eric’, ‘AC? Raya’ dan ‘Perang Kuali Raya’.

Program menarik sepanjang Aidilfitri 2009

Malam Hari Raya, 30 September

Duyung (filem)- Astro Ria 104, 9 malam

Mega Raya Aidilfitri (hiburan)- Astro Ria 104, 11 malam

Hari Raya Pertama, 20 September

Lemang Si Bujang Sepah (telefilem)- Astro Prima 105, 12 tengah hari

Habibi Mawi Aidilfitri (hiburan)- Astro Ria 104, 4 petang

Hari Raya Kedua, 21 September

Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya! (telefilem)- Astro Prima 105, 12 tengah hari

Lentera Aidilfitri Dato’ Siti Nurhaliza (hiburan)- Astro Ria 104, 4 petang

Hari Raya Ketiga, 22 September

Cinta Meriam Buluh (telefilem)- Astro Prima 105, 12 tengah hari

Glamor Raya 2009 (hiburan)- Astro Ria 104, 4 petang

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Jumaat, 28 November 2014 12:00 AM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 4)

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan