Siti Nordiana enggan komen isu cerai Faizal

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nordiana Alias mesra dengan panggilan Nana.
Siti Nordiana Alias mesra dengan panggilan Nana.

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja tersebar kencang gosip mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias atau mesra dengan panggilan Nana telah memfailkan penceraian ke atas suaminya, aktor Mohd Faizal Yusup, 31.

Nana, 25, yang sedang sibuk untuk berpindah rumah dari Seremban ke Petaling Jaya pada hari ini bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai dakwaan itu.

“Saya tak nak komen sekarang sebab perkara itu belum ditentukan..saya tak boleh cakap apa-apa sebab belum ‘confirm’,” jawab Nana dalam keadaan tergesa-gesa.

Ditanya adakah suaminya turut berada di situ untuk sama-sama bergotong-royong memindah barang, Nana berkata Faizal tiada bersamanya.

Lalu, terdetik soalan sudah berapa lama Faizal tidak pulang ke rumah, Nana terus enggan memberikan sebarang komen dengan hanya menjawab ‘no komen’.

Penyanyi lagu 'Cinta Yang Bersinar' ini juga memberitahu yang dia akan menyambut Hari Raya Puasa di rumah keluarganya di Senayan. Negeri Sembilan pada tahun ini.

Disoal pula bagaimana dengan rumah keluarga mertua, Nana hanya menjawab:

“Saya tidak akan beraya di rumah keluarga sebelah suami kerana ...tak tau la, susah nak cakap.

“Lagipun, biasanya kami akan beraya mengikut giliran dan tahun lepas saya dah biasa pulang ke kampung suami.”

Pasangan yang bernikah pada 28 April 2006 di Masjid Kariah Sendayan, Seremban ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, 1 tahun 5 bulan selepas setahun berkahwin.

Masih menyanyi

Menyentuh tentang karier seninya, Nana yang semakin sepi dari industri muzik ini berkata dia masih menyanyi dan hanya menumpukan ‘show’ pada hujung minggu sahaja.

“Sekarang, saya bekerja sebagai ‘education counselor’ di Kolej Antarabangsa Unity kira-kira tujuh bulan lalu secara sepenuh masa. Jadi, saya hanya akan menyanyi pada hujung minggu apabila ada jemputan.

“Setakat ini, saya belum ada perancangan untuk menerbitkan album terbaru memandangkan label saya, Fantasia Music City (FMC) belum mengeluarkan surat hitam putih tentang album.

“Walaupun sibuk dengan kerja lain, saya masih membahagikan karier secara sama rata kerana kalau ada ‘show’ saya tak akan tolak.

“Kalau ikutkan nak tunggu duit kerja bukannya cukup..,” ujarnya yang akan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran FMC pada 9 September ini.

Nana pernah popular sebagai pasangan duet penyanyi Achik dari kumpulan Spin menerusi lagu 'Gurauan Berkasih' dan 'Paling Comel'

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan