Liyana Jasmay gembira berganding dengan Sasi The Don dan Reefa

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Reefa, Sasi The Don, Navin, Pengurus Pemasaran Maybelline New York, Elena Khoo Yin Mei dan Jurucakap Maybelline, Liyana Jasmay. - foto mStar Online
Dari kiri: Reefa, Sasi The Don, Navin, Pengurus Pemasaran Maybelline New York, Elena Khoo Yin Mei dan Jurucakap Maybelline, Liyana Jasmay. - foto mStar Online

PASTINYA umum telah mengenali akan jenama produk kecantikan Maybelline New York yang banyak menghasilkan berbagai jenis produk kecantikan untuk wanita-wanita yang ingin kelihatan anggun dan jelita.

Tetapi Maybelline juga ingin melangkah lebih ke hadapan dengan menghasilkan sebuah program realiti 'Simply Fabulous' yang pertama secara online bagi memastikan gadis-gadis muda menghargai akan kecantikan diri mereka serta memberi peluang kepada mereka melakukan apa yang diimpikan.

Bukan itu sahaja, sebuah lagu tema yang berjudul 'Simply Fabulous' untuk program tersebut juga telah dihasilkan.

Apa yang lebih menarik pada lagu ini adalah penampilan jurucakap Maybelline Malaysia, Liyana Jasmay yang buat pertama kalinya menyanyikan lagu berbahasa Inggeris serta bergandingan bersama Sasi The Don dan Reefa.

Lagu yang dihasilkan oleh Sasi The Don dan Navin Kumar atau lebih dikenali sebagai D'Navigator ini berkonsepkan hip hop dan reggae serta memasukkan elemen-elemen New York bagi memastikan rentak lagu ini lebih 'trendy'.

Menurut Liyana sendiri yang telah menjadi jurucakap Maybelline sejak bulan Mei lalu, dia merasakan pengalaman bekerjasama dengan Sasi The Don, Reefa dan Navin merupakan pengalaman barunya kerana berjumpa dengan ramai orang serta menyanyikan lagu yang berlainan genre.

"Liyana hanya pernah pergi buat rakaman di dua studio sahaja, sebelum ini Liyana hanya buat rakaman bersama Ajai sahaja, jadi Liyana lebih kerap jumpa dengan Ajai berbanding orang lain ketika buat rakaman.

"Tetapi di Platinum Studio ni, Liyana dapat jumpa ramai orang... Liyana jumpa Reefa, Navin, Sasi dan dapat jumpa Malique. Liyana memang minat Malique sejak di bangku sekolah lagi.

"Bila Liyana dapat bekerjasama dengan mereka, jumpa ramai artis di studio ini, Liyana rasa macam aura Liyana terhadap muzik hip hop datang balik sebab dah lama Liyana tak dengar lagu hip hop kecuali di bangku sekolah dulu.

"Liyana amat bersyukur dapat bekerjasama dengan Sasi, Reefa dan Navin kerana mereka semua sangat bagus dalam bekerja," kata Liyana.

Namun menurut Liyana, dia memilih untuk tidak bekerja sepanjang bulan ramadan ini kerana ingin lebih menumpukan kepada menghadiri sebarang majlis jemputan serta 'photo shoot' untuk raya nanti.

"Bulan puasa ni Liyana nak berehat dari bekerja dan akan mula bekerja semula selepas raya nanti. Liyana pilih untuk tidak bekerja selama sebulan ni selain memenuhi jemputan ke majlis-majlis tertentu serta 'photo shoot' untuk raya," jelasnya yang bakal muncul di pawagam dalam filem Papadom pada 8 Oktober nanti.

Selain itu, album pertama Liyana Jasmay yang berjudul 'Liyana Jasmay' akan dikeluarkan selepas raya nanti.

"Album yang dihasilkan oleh Ajai ini akan berada di pasaran selepas raya nanti. Sebenarnya album ini adalah mini album Liyana di mana hanya terdapat lima lagu sahaja dan genrenya adalah pop rock," katanya.

Bagi pencipta lagu dan lirik lagu Simply Fabulous ini, Sasi The Don, yang pertama kali bekerjasama dengan Liyana mengatakan Liyana seorang yang berbakat dan penyabar sewaktu melakukan kerja.

"Liyana merupakan seorang yang berbakat, penyabar dan dia juga begitu kuat berlatih sampaikan saya yang tidak selesa kerana terpaksa sebabkan dia bekerja tidak tentu masa.

"Saya ada terfikir juga kalau Liyana akan cepat 'fed up' dengan cara kami bekerja. Tetapi Liyana sebenarnya seorang yang penyabar dan sentiasa berlatih setiap kali masuk ke studio.

"Tetapi pada awalnya saya, Reefa dan Navin banyak juga memberi tunjuk ajar pada dia kerana lagu ini adalah sesuatu yang baru pada dia, ditambah pula kami inginkan ada elemen New York yang ala-ala moden dan Liyana cepat tangkap kerana dia sentiasa berlatih," jelasnya yang turut mengatakan tempoh pembikinan lagu ini tidak sampai sebulan.

Sasi turut menceritakan bagaimana dia menulis lirik lagu ini kerana ia adalah sesuatu yang berlainan dari semua lirik yang pernah ditulisnya.

"Saya dapat inspirasi untuk menulis lagu ini dengan cara saya cuba fahamkan dulu apa itu Maybelline.

"Bila saya tahu ia mengenai produk kecantikan, saya cuba untuk memahami pasaran mereka pula.

"Saya lebih inginkan semua orang faham lirik lagu ini, jadi penggunaan ayat dalam lirik lagu ini juga 'simple' saja.

"Objektif saya semasa menulis lirik lagu ini adalah lebih kepada gadis-gadis muda dan saya tidak mengambil masa yang lamapun untuk siapkan liriknya," kata penyanyi yang membawakan genre reggae ini.

Bagi Reefa pula, inspirasinya ketika menulis lirik lagu ini dilakukannya dengan membayangkan dirinya sedang cuba memikat sorang gadis.

"Saya hanya buat lirik untuk bahagian yang saya nyanyi dan bagi saya konsep lagu ini sangat menarik.

"Ia menceritakan tentang perempuan yang begitu yakin dengan penampilan dirinya, moden dan bergaya.

"Jadi bila saya menulis lirik, saya menggunakan pendekatan hendak memikat seorang perempuan," katanya sambil ketawa.

Bagi anda yang ingin menyaksikan rancangan realiti ini boleh melayari www.8tv.com.my/simplyfabulous dan rancangan selama 23 episod ini akan mula ditayangkan bermula 7 September ini.

Lagu tema 'Simply Fabulous' ini juga boleh dimuat turun dengan melayari www.8tv.com.my/simplyfabulous.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan