Lindsay Lohan syak kawan sendiri yang pecah masuk rumahnya

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barangan Lindsay Lohan yang hilang termasuklah video peribadinya yang dikatakan akan memalukan dirinya sekiranya disebarkan. foto-AP
Antara barangan Lindsay Lohan yang hilang termasuklah video peribadinya yang dikatakan akan memalukan dirinya sekiranya disebarkan. foto-AP

AKTRESS Hollywood Lindsay Lohan mengesyaki kawan lamanya terlibat dalam kes pecah rumah di kediamannya di Los Angeles.

Lindsay yang marah dengan insiden tersebut menulis mengenai dakwaan beliau itu di laman web twitternya.

Lindsay mula mengesyaki perkara itu selepas kawannya mengatakan dia (Lindsay) bertuah kerana komputer peribadinya tidak dicuri yang juga ditulis di laman web twitter.

"Ketika membacanya barulah saya sedar mengenai perkara itu... peralatan elektronik tidak dicuri sebaliknya barang-barang lain yang amat berharga bagi saya yang hilang.

"Cuma kawan lama saya sahaja yang tahu apa barang yang amat berharga bagi saya itu," katanya.

Menurut sebuah laporan barang Lindsay yang hilang dikatakan termasuklah video dan gambar yang mana sekiranya didedahkan kepada umum akan memalukan dirinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan