Mickey Rourke ditahan bawa wang melebihi had

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon Hollywood, Mickey Rourke ketika ditemuramah wartawan pada Festival Filem Sarajevo yang ke 15, di Sarajevo pada 20 Ogos 2009. - foto AFP
Pelakon Hollywood, Mickey Rourke ketika ditemuramah wartawan pada Festival Filem Sarajevo yang ke 15, di Sarajevo pada 20 Ogos 2009. - foto AFP

PELAKON Hollywood Mickey Rourke dilaporkan ditahan oleh pegawai keselamatan di sebuah lapangan terbang New York minggu lepas kerana membawa sejumlah wang yang banyak bersamanya ketika mahu menaiki pesawat.

Menurut sebuah laman web, hero filem 'The Wrestler' itu sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Festivel Filem Sarajevo di Bosnia.

Mickey ditahan oleh dua orang pegawai di tempat pemeriksaan keselamatan dan disoalsiasat selama lebih kurang 10 minit berhubung dengan jumlah wang yang dibawanya melebihi daripada had yang ditetapkan.

Pegawai tersebut juga melakukan memeriksa bagasi beliau.

Tidak dapat disahkan berapa jumlah wang yang dibawa oleh Mickey ketika itu.

Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas pegawai tersebut yakin beliau bukanlah ancaman keselamatan.

Mengikut peraturan di AS sesiapa yang ingin membawa lebih daripada 10,000 dolar keluar negara, individu tersebut perlulah mengisi borang khas.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan