Kieran: Puasa tahun ini paling berbeza

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kieran menyambut ramadan bersama anaknya, Adam yang kini sudahpun mencecah usia enam bulan. - foto www.budiey.com
Kieran menyambut ramadan bersama anaknya, Adam yang kini sudahpun mencecah usia enam bulan. - foto www.budiey.com

KELAHIRAN permata hatinya Muhammad Adam pada 26 Februari lalu pastinya banyak menceriakan kehidupan penyampai radio HotFM, Maskiran Jakiran, 34, atau Kieran bersama isteri tersayang, Yang Azliyang Mohd Yunus, 26.

Tahun ini merupakan tahun pertama Kieran menyambut ramadan bersama Adam yang kini sudahpun mencecah usia enam bulan dan pastinya akan ada kelainan buat Kieran dan isterinya menyambut ramadan bersama insan ketiga.

Kieran yang ditemui ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media dan rumah anak yatim Baitul Kasih, Sungai Buloh anjuran HotFm dan FlyFm ini menceritakan betapa berbezanya ramadan tahun ini setelah kehadiran Adam.

"Puasa tahun ni best sangat dan puasa yang paling berbeza buat saya. Biasanya Adam bila jam pukul tujuh ni dia suka tidur, tapi masa hari pertama berbuka, dia langsung tak tidur, dia nak ikut berbuka sekali.

"Tapi seronok la bila kita makan anak kita kacau, daripada duduk makan sorang-sorangkan lagi bosan. Adam pun jenis yang suka makan... dia nampak je makanan, mesti nak suruh kita suapkan.

"Waktu sahurpun tak susah, kadang-kadang Adam yang tolong bangunkan saya dan isteri bila dia menangis waktu pagi," kata Kieran sambil ketawa.

Namun kesibukan Kieran dalam menjalankan tugas sebagai penyampai radio juga menyebabkannya hanya sempat berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama puasa sahaja.

"Saya sempat berbuka bersama keluarga pada hari pertama puasa je, hari kedua berbuka kat luar dan hari ketiga saya dah mula kerja.

"Saya pun jenis tak kisah sangat, bukan jenis yang waktu berbuka tu nak makan macam-macam... kalau dulu masa muda-muda mungkin la... sekarang dah rasa lain, dah rasa puas.

"Saya bukan jenis yang nak makan nasi sangat, tak kisah pun berbuka dengan apa. Saya lebih pada besederhana," katanya.

Kieran juga menceritakan kenangannya sewaktu masih bujang dimana dia sudah biasa tidak bersahur sehinggalah kini.

"Masa saya bujang, saya tak pernah bersahur sepanjang bulan puasa. Yelah, orang bujang... lagipun waktu macam tu saya tak boleh makan, tak ada selera.

"Style saya, saya akan beli air botol 100 plus yang besar tu, saya letak tepi katil, bila kadang-kadang terjaga dari tidur, saya hanya akan minum air tu je.

"Tapi sekarang ni mula hari ketiga puasa, saya bersahur, tapi hanya makan biskut cicah kopi je.

"Mula-mula tu ingat nak makan sikit je, tapi bila dah makan, rasa sedap la pulak... adalah dalam lima hingga enam keping jugak saya makan," jelas Kieran yang turut tidak suka makan buah Kurma.

Ditanya mengenai persiapan raya, Kieran mengatakan persiapan untuk dirinya hanya sederhana sebaliknya dia ingin mengutamakan Adam kerana tahun ini tahun pertama mereka beraya bersama.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan