Katie Price marah dituduh melakukan 'seks liar'

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie Price rasa tersinggung dengan seorang penumpang yang bertanya mengenai soalan peribadi ketika dalam perjalanan ke Sepanyol. foto-AFP
Katie Price rasa tersinggung dengan seorang penumpang yang bertanya mengenai soalan peribadi ketika dalam perjalanan ke Sepanyol. foto-AFP

BEKAS model terkenal Katie Price, mengatakan dia tidak pernah melakukan hubungan 'seks liar' dengan kekasihnya Alex Reid ketika berada dalam satu penerbangan ke Sepanyol.

Perbuatannya itu mengejutkan ramai penumpang dalam kapal tersebut.

Ia bermula ketika seorang penumpang berusia 31 tahun yang tidak senang dengan kelibat kedua pasangan itu dan menjerit bertanyakan kehidupan seks liar Katie dan Alex.

"Katie mula membalas pertanyaan itu dengan menjerit bahawa dia dan Alex tidak pernah melakukan perbuatan seperti itu," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataan sumber.

"Dia kemudia berkata 'adakah kami kelihatan seperti melakukan perkara itu?', Katie sangat marah dan terus menjerit, dia kemudian berkata 'Kekasih saya tidak akan melalukan perbuatan tersebut!'" tambah sumber itu lagi.

Katie bersama-sama dengan tiga orang anaknya dan Alex sedang dalam penerbangan tambang murah dari Reid ke Malaga, Sepanyol ketika insiden itu berlaku.

Perbuatannya yang tidak henti-henti menjerit dan menafikan itu memalukan Alex dan dia berkali-kali cuba menenangkan Katie tetapi gagal.

"Katie juga mengamuk dihadapan anaknya. Alex kemudian bangun dan menenangkannya serta memberitahu supaya berhenti bercerita mengenai hal peribadi mereka," kata satu sumber yang lain.

Alex yang kelihatan malu dengan insiden tersebut berkali-kali meminta Katie berhenti menjerit.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan