Black tidak terima tawaran dari MUH, ingin solo

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Black dan mentornya, Mas Idayu semasa beraksi di peringkat akhir Mentor baru-baru ini.
Black dan mentornya, Mas Idayu semasa beraksi di peringkat akhir Mentor baru-baru ini.

TEKA-TEKI sama ada juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah ditawarkan oleh Meet Uncle Hussain (MUH) untuk menggantikan vokalis Lan yang mengundurkan diri baru-baru ini akhirnya menemui jawapannya.

Tuan empunya diri, Black mendedahkan bahawa ura-ura dia bakal menganggotai MUH hanyalah sekadar khabar angin.

"Itu tinggal ura-ura Black bakal menganggotai MUH. Tapi, Black tidak dapat apa-apa tawaran berlisan mahupun hitam-putih (daripada MUH).

"Lagipun, setakat ini, saya tidak terfikir perkara itu. Yang terpenting ialah biar saya berseorangan dulu," kata Black pada sidang akhbar rakaman khas 'Mentor Raya' di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur semalam.

Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, rakaman khas episod Syawal kali ini turut membariskan gandingan sifu (mentor) dan protege musim ketiga.

Misalnya, Awie bersama Keena, Adibah Noor dan Thye, Lah dan anak didiknya Fira, komposer terkenal Ajai dan Chaq serta Black bergandingan dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mendendangkan lagu-lagu Raya.

Majlis warna-warni ini turut menyaksikan sesi menandatangani kontrak di antara Black dan pengurus syarikat rakaman Monkey Bone Records, Edris Edrian yang diadakan sebelum rakaman Raya berlangsung.

Program istimewa 'Mentor Raya' bakal disiarkan pada 27 September 2009 (Raya ketujuh), jam 9 malam, di TV3.

Ditanya sekiranya dia betul-betul ditawarkan MUH untuk menganggotai band indie tersebut, Black berkata: "Saya berterima kasih kerana diberi peluang, tetapi Black nak teruskan perjuangan solo terlebih dulu."

Nampaknya jejaka berusia 23 tahun ini bertekad untuk bergerak sendirian di bawah lembayung Monkey Bone Records. Malah, dia menamakan dirinya "Black The Single".

Sementara itu, Edris memberitahu, syarikat rakamannya akan mengeluarkan album penuh Black pada November atau Disember tahun ini.

"Jika tiada aral melintang, album penuh dapat dikeluarkan Disember ini. Harap cuma dapat timeline untuk dimasukkan dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM)," kata Edris.

Menurut Edris, dia mengagumi vokal luar biasa Black dari peringkat awal Mentor sehingga final.

"Dari segi vokal Black, terdapat banyak minus key yang agak tinggi.

"Album lagu tersebut akan berkonsepkan genre rock secara amnya. Namun, kami akan cuba menjadikan 'rock alternatif' khususnya atau 'pop-rock' amnya. Black pun suka menyanyikan lagu pop rock," katanya.

Menceritakan bagaimana desas-desus tersebut boleh timbul, Edris berkata, pihaknya ada meminta lagu-lagu daripada ahli kumpulan MUH, Taja.

"Black ada menemui MUH. Ia hanyalah khabar angin. Dalam projek perbincangan, jika lagu-lagu Black ditulis oleh MUH atau apa-apa projek yang mempersembahkan Black atau vice-versa dalam album, tetapi ini tidak bermakna mereka bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, Black berharap dapat berduet dengan idolanya iaitu penyanyi rock nombor satu negara, Amy Search.

"Kalau diberi peluang, terharu dapat berduet dengan Amy Search," katanya.

Dalam sesi rakaman khas tersebut, majlis penyampaian cek dan kereta turut diadakan. Black menerima RM100,000 dan sebuah kereta. Black yang merupakan anak mithali mendahulukan kedua ibu bapanya dalam membelanjakan 'durian runtuh' tersebut.

"Saya nak hantar ibu bapa mengerjakan umrah dan kereta itu akan saya hadiahkan kepada mereka," kata Black yang mempunyai sebuah kereta sebelum kemenangan besarnya itu dalam program Mentor musim ketiga.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan