Fara Fauzana pernah ponteng puasa 25 hari - Berita Hiburan | mStar

Fara Fauzana pernah ponteng puasa 25 hari

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fara Fauzana bergambar setelah selesai majlis berbuka puasa bersama media dan Rumah Anak Yatim Baitul Kasih, Sungai Buloh, yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling jaya, anjuran HotFm dan FlyFm pada 25 Ogos 2009. - foto mStar Online
Fara Fauzana bergambar setelah selesai majlis berbuka puasa bersama media dan Rumah Anak Yatim Baitul Kasih, Sungai Buloh, yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling jaya, anjuran HotFm dan FlyFm pada 25 Ogos 2009. - foto mStar Online

APABILA Ramadan tiba pastinya akan ada yang terkenang pada kenangan lalu ketika menyambut ramadan pada zaman remaja.

Tidak ketinggalan juga buat penyampai radio HotFm, Fara Fauzana yang berkongsi kenangan ramadannya ketika di bangku sekolah.

Fara sendiri menceritakan kenangannya berpuasa hanya lima hari ketika di tingkatan dua sewaktu bersekolah di Sungai Petani.

"Kenangan saya ni masa di tingkatan dua. Saya puasa lima hari je, lagi 25 hari tu saya dah tak larat dah. Waktu tu saya sekolah di Sungai Petani dan tak lama pun saya di sana, setahun je lepas tu saya pindah.

"Saya tak tahan dengan persekitaran dia... lagipun sekolah tu sekolah budak-budak nakal.

"Waktu zaman saya, tak macam budak-budak tingkatan dua sekarang... kebanyakkan mereka dah matang. Masa zaman saya semuanya pemikiran budak-budak lagi.

"Bila nak kena ganti puasa tu, mulalah rasa malas... yelah, 25 hari banyak tu nak ganti. Kadang-kadang saya terfikir, saya tergelak jugak," kata Fara sambil ketawa.

Namun Fara mengatakan dia bukan sengaja meninggalkan puasa, sebaliknya tidak tahan dengan persekitaran sekolah tersebut yang berhadapan dengan sebuah kilang papan.

"Cuba bayangkan, persekitaran sekolah tu yang dekat dengan kilang papan. Waktu kemuncak kilang tu beroperasi pulak tengahari, kita yang berpuasa bila kena habuk-habuk papan tu boleh jadi lagi sesak nafas la.

"Sebab itu lima hari saja saya puasa dan ramai jugak lah pelajar-pelajar kat sana yang tak berpuasa macam saya," katanya lagi.

Bulan ramadan tahun ini juga agak sibuk buat Fara dengan tugas d konti, promosi filem terbaru lakonannya 'Jin Notti', terlibat dengan majlis berbuka puasa dan Fara juga akan terlibat untuk berniaga kuih raya mulai minggu hadapan di Plaza Damas.

"Minggu depan saya akan berniaga kuih raya di Plaza Damas. Kuih-kuih tersebut adalah buatan saya sendiri bersama ibu saya, Faridah Abdul Jalil dan juga ibu saudara, Fauziah.

"Bila nama kedua-dua mereka digabungkan, jadilah 'Fafau'. Ada berbagai jenis kuih yang akan dijual seperti Biskut Coklat Chip, Biskut Arab dan banyak lagi.

"Semuanya akan dijual dengan harga yang berpatutan dan jika ada yang tidak berpuas hati, wang anda akan dikembalikan semula.

"Tetapi saya akan berada di gerai tersebut mungkin selepas waktu berbuka puasa kerana pagi saya sibuk dengan tugasan," kata Fara yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media dan anak-anak yatim anjuran HotFm dan FlyFm yang bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling Jaya.

Fara sakit ketika berada di Jakarta

Beberapa minggu sebelum puasa, Fara telah pun ke Jakarta bagi bercuti bersama-sama pemenang peraduan 'Bercuti bersama HotFm' anjuran Sony.

Namun sewaktu di sana Fara telah jatuh sakit dimana Fara telah muntah-muntah, cirit-birit, selesema dan sakit badan.

"Di Jakarta Fara sakit, Fara kena muntah-muntah, cirit-birit, selesema dan sakit badan. Masa kat sana Fara kena pakai 'mask' bagi mengelak sebarang jangkitan yang tidak diingini.

"Tetapi berbezanya kat sana, bila kita pakai 'mask' akan ada orang yang kita tidak kenal datang tegur kita dan bertanya "Awak sakit ke?".

"Saya pun macam takut jugak, sebab kat Malaysia bagi kita pakai 'mask' tu perkara biasa," kata Fara yang juga merupakan pengacara Melodi.

Bagaimanapun Fara merasakan bulan puasa tahun ini dia agak rileks kerana sebaik sahaja pulang dari Jakarta Fara telah bercuti selama seminggu dan ketika di konti, setelah ke udara Fara sudah boleh pulang ke rumah untuk berehat.

Fara yang juga dikenali kenakalannya dalam mengenakan pendengar dalam segmen 'Panggilan Hangit' mengatakan biarpun pada bulan puasa segmen ini akan terus dijalankan dan kali ini pendengar yang dikenakan panggilan hangit akan menerima hadiah.

"Mulai minggu depan, pendengar yang dikenakan panggilan hangit akan diberi hadiah berupa baucer RM 300 yang ditaja oleh SSF Home Deco Mart.

"Jadi sempena ramadan ni panggilan hangit special sikit lah," jelas Fara.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan