Avaa nekad kumpul duit sambung belajar di Los Angeles

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUAS hos dan aktres Avaa Vanja Ramli menunggu pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) meluluskan pinjamannya untuk menyambung pelajaran di New York Film Academy (NYFA), Los Angeles dalam jurusan ‘Screen Acting’ sejak setahun lalu.

Semasa terlibat dengan teater Muzikal Ibu Zain pada Ogos 2008, wanita yang menggelarkan dirinya Avaa, 29, ini pernah memberitahu yang dia akan menyambung pelajaran ke luar negara.

Ingatkan dia sedang sibuk menelaah pelajaran di sana sekarang, rupa-rupanya pelakon filem ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ ini masih di Malaysia.

Ini kerana selepas muncul menerusi teater Muzikal Ibu Zain, Avaa menyepi dari industri hiburan ini sehinggalah baru-baru ini dia kembali aktif berlakon melalui teater ‘Muzikal Gamat’ yang akan dipentaskan pada 2 hingga 8 Oktober depan di Istana Budaya.

Namun begitu, ia tidak melunturkan semangat Avaa untuk terus berusaha keras mencari wang demi melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Ikutkan saya dah layak untuk sambung belajar ke NYFA selepas mendapat tawaran untuk belajar dan menyertai bengkel dalam kursus sarjana ‘Screen Acting’ pada Ogos tahun lepas. Saya kecewa sebab pihak KeKKWa (sekarang KPKKW) tak luluskan geran itu.

“Jadi, sekarang ni saya nak mengumpul duit sendiri tetapi ia perlu mengambil masa yang agak panjang,” katanya yang pada mulanya memohon kursus sarjana ‘Film Production’ di institusi yang sama.

Ditanya tidakkah dia melakukan inisiatif lain seperti meminta bantuan kewangan daripada ahli keluarga yang lain, Avaa menjawab:

“Dari kecil saya sangat berdikari dan tak terlalu bergantung dengan keluarga.

“Cuma kali ini saya nak restu dan sokongan daripada mak dan semua kerana itu yang membakar semangat saya untuk lebih maju ke hadapan,” katanya yang sentiasa berpegang kepada prinsip hidup ‘selalu mencapai yang terbaik dan setiap kemahuan dilakukan atas usaha sendiri’.

Bagaimanapun, wanita bekerjaya ini berkata niat untuk menyambung pelajaran itu merupakan matlamatnya yang kedua.

“Saya jenis seorang yang mementingkan karier dan kalau boleh saya nak capai karier sebagai produser, pengarah dan bisnes perfileman terlebih dahulu.

“Saya nak sambung belajar pun sebagai bekalan untuk masa depan sebab dalam masa lima tahun akan datang, saya bercita-cita untuk membuka kelas lakonan,” jelas pemilik Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dan Diploma dalam jurusan yang sama di International Fashion Academy (IFA) Paris.

Menyentuh tentang kariernya sekarang, selain berteater bekas pengacara ‘Pop TV’ ini sedang sibuk melakukan rakaman program animasi 3D, ‘Ibn Battuta’ sebanyak 20 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Saya menjadi ‘voice director’ dan dalam masa yang sama saya merupakan produser untuk ‘Ibn Battuta’.

“Pada mulanya, kita ingin pasarkan ‘Ibn Battuta’ ke pasaran antarabangsa tetapi apabila RTM berminat, jadi kita perlu alih suara ke bahasa Melayu.

“Saya juga lebih banyak mengendalikan proses suntingan, pembangunan konsep dan lesen sesebuah program itu,” ujarnya yang telah tiga tahun bekerja sebagai produser secara sepenuh masa di Go Fushion Sdn. Bhd., Subang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan