Usher obses terhadap kasut, kumpul lebih 10,000 pasang

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Artis rakaman, Usher semasa upacara penutup 'Camp New Look' di The Alliance Theater, Pusat Woodruff Arts, Atlanta, Georgia pada 24 Julai 2009. -foto AFP
Artis rakaman, Usher semasa upacara penutup 'Camp New Look' di The Alliance Theater, Pusat Woodruff Arts, Atlanta, Georgia pada 24 Julai 2009. -foto AFP

PENYANYI RnB, Usher, mendedahkan dia seorang yang begitu obses terhadap kasut dan telah mengumpul lebih 10,000 pasang kasut.

Penyanyi ini juga mengaku dia mengetahui masalahnya yang obses terhadap kasut itu tidak masuk akal tetapi dia tidak dapat menghalang dirinya dari terus membeli sepasang kasut yang baru, lapor satu sumber.

"Saya juga pernah bertanya pada diri saya, 'Adakah saya serius?' ini tidak masuk akal. Saya mengumpul kasut dari jenis Timberlands dan Hi-Tec hinggalah ke jenis Balenciaga dan Lanvin," katanya.

Penyanyi yang berumur 30 tahun ini juga mempunyai ketagihan luar biasa dalam mengumpul jam tangan.

"Saya memiliki 80 jenis jam tangan. Saya akan membawa empat utas jam tangan saya apabila saya berjalan jauh. Tidak semuanya berjenama, saya mengumpul dari jenis Cartier dan Rolex hingga ke Seiko dan G-Shock.

"Ia berkenaan mana yang sesuai dengan sut saya. Saya juga memiliki ratusan jenis sut yang direka oleh Tom Ford dan ia benar-benar bersesuaian dengan saya," katanya lagi.

Usher juga sedang dalam proses untuk bercerai dengan isterinya, Tameka Foster, dimana mereka memiliki dua orang anak dari hasil perkahwinan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan