The Janice Dickson Modeling Agency musim keempat

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIAPA yang tidak kenal dengan Janice Dickinson. Seorang model terkenal dan popular sekitar tahun 80-an dan bermulut celupar.

Janice Dickinson kembali bersama agensi beliau untuk musim yang keempat. The Janice Dickinson Modeling Agency akan disiarkan secara PERCUMA menerusi saluran hip 8TV bermula 21 Ogos 2009, setiap Jumaat jam 10.30 malam!

Konsep dicipta oleh Janice sendiri, program realiti ini membawa kita melihat bagaimana Janice mengendalikan sebuah agensi model.

Pengalaman selama 30 tahun dalam dunia peragaan banyak membantu Janice dalam memilih model-model yang bagus.

“The Janice Dickinson Modeling Agency kembali dengan musim terbaru di 8TV. Musim terbaru ini pastinya lebih menghiburkan dan lebih banyak drama! Semoga anda semua terhibur,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Di dalam musim baru ini memaparkan bagaimana Janice telah menamatkan usahasama dengan rakan perniagaan Peter Hamm dan bercadang untuk mengambil model-model baru termasuk seorang model cacat pendengaran Martin Ritchie.

Musim ini juga anda dapat menyaksikan Janice membuka sebuah agensi baru di sebuah villa yang diberi nama ‘Model House’. Setelah menutup perniagaan di Hollywood dan Highland, Janice turut memilih beberapa model baru untuk untuk bekerja dengan agensi beliau.

Paling mengejutkan apabila Janice mengumumkan yang beliau akan turut tinggal di rumah yang sama untuk memantau kehidupan model-model beliau.

Janice juga menghadapi kesukaran apabila ada permintaan daripada klien untuk model yang bersaiz besar. Walaupun Janice tidak berapa menggemari idea tersebut, beliau terpaksa akur dengan kehendak klien.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan The Janice Dickinson Modeling Agency (Musim ke-4) yang akan menemui anda setiap Jumaat jam 10.30 malam bermula 21 Ogos 2009 hanya di saluran hip 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.

Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my

Tarikh Siaran: 21 Ogos 2009, Jumaat

Masa: 10.30pm

10 episod

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan