Rosyam tangkis gelaran ‘hero tua’ dalam ‘Libas’

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam Nor ialah Raja Libas. -foto UTUSAN
Rosyam Nor ialah Raja Libas. -foto UTUSAN

GELARAN ‘hero tua’ pernah menjadi sebutan kepada Rosyam Nor suatu ketika dahulu namun aktor dan penerbit popular ini enggan dirinya terikat dengan label itu.

Malah Rosyam menepis dakwaan itu secara baik dengan mengatakan dirinya bukanlah 'hero tua' sebaliknya adalah ‘hero matang’.

Ternyata Rosyam berjaya menangkis gelaran ‘hero tua’ yang dinobatkan kepadanya setelah beberapa kali memenangi anugerah ‘pelakon popular’ dan ‘pelakon terbaik’.

Rosyam yang pernah mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Filem Terbaik menerusi filem ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ arahan Mamat Khalid di Festival Filem Malaysia tahun lalu ini masih mendapat kepercayaan beberapa pengarah dan penerbit filem untuk melakonkan watak 'muda-mudi'.

Baru-baru ini, Rosyam baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem ‘Libas’ yang menawarkannya berlakon sebagai seorang jaguh yang dikenali sebagai ‘Raja Libas’.

Libas mengisahkan tentang Adnan Saladin, Raja Libas (Rosyam Nor) yang sudah tidak boleh beraksi lagi di gelanggang sepak takraw kerana kakinya telah ditempangkan oleh regu Thailand yang terdiri dari Propchai (Adam Corrie Lee), Pratapol (Yus Waisar) dan Ak Nangkhon (Zek Zamri Gerak Khas) serta Topap dalam satu perlawanan tahun sebelumnya.

Merasa bersalah kerana telah memberikan kemenangan mudah sehinggakan tekongnya mati diracun dengan bola ke dada, Adnan kini cuba membentuk regu baru.

Pencarian Raja Libas itu telah membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (Fadzly Kamarulzaman) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa, selain Ratna (Scha).

Bagi melengkapkan pasukan, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri, tanpa disedari bahawa Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara.

Menurut Rosyam, dia berasa sangat bertuah kerana dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon muda seperti Scha, Beego, Johan, dan ramai lagi yang kebanyakannya berusia lebih 20 tahun.

“Bagi saya, tiada masalah untuk berlakon watak muda kerana kita boleh ubah cara berpakaian, lakonan dan sebagainya.

“Saya rasa beruntung sebab berlakon dengan ‘budak-budak’ umur lebih 20 tahun,” kata Rosyam ketika majlis sidang media dan pelancaran filem ‘Libas’ baru-baru ini di ibu negara.

Namun begitu, jelas lelaki berusia 42 tahun ini, motif utama dia menerima tawaran untuk berlakon filem itu bukan kerana dapat melakonkan watak ‘hero muda’ tetapi kerana teknik Imejan Janaan Komputer (CGI) yang digunakan dalam filem itu.

“Ikutkan dah berpuluh filem yang saya lakonkan tetapi saya tertarik dengan kombinasi teknik dan pengunaan tali ‘rigging’ dalam ‘Libas’ kerana saya nampak hebat setelah dibantu pula oleh CGI.

“Seperti yang kita tahu, di Hollywood memang teknik CGI ini dah banyak digunakan tetapi di Malaysia masih baru. Lagipun sekarang ni orang nak tengok sesuatu yang baru.

“Bukan itu sahaja, saya terima filem ini kerana pengarah dan penerbitnya, Jurey Latiff Rosli dah tawarkan saya sejak tu juh tahun lalu,” ulas Pengarah Urusan, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. ini.

Kata Rosyam, dia juga berasa kagum dengan hasil ‘trailer’ melibatkan lakonannya selama dua hari di Kuala Terengganu yang juga ditayangkan kepada semua tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Tambah Rosyam, bukan mudah untuk dia melakonkan babak itu kerana dia terpaksa membayangkan bola yang tiada di situ dan pengalaman digantung dengan wayar kabel halus ketika babak memanjat pokok kelapa.

“Saya hanya takut jatuh sahaja waktu itu,” kata Rosyam ringkas yang turut mengalami kemalangan di bahu kirinya setelah ‘menjayakan’ filem itu.

Pembedahan pada bahu kiri Rosyam telah dijalankan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) yang bertempat di Damansara Heights, Kuala Lumpur pada hujung Julai lalu bagi memasukkan besi ke bahagian bahunya.

Beritahu Rosyam, insiden itu merupakan kecederaan yang pertama kali berlaku dalam hidupnya sepanjang dia bergelar pelakon.

“Sebelum ini, saya tak pernah cedera semasa berlakon. Ikutkan, saya pernah bermain sepak takraw semasa muda dulu tetapi saya biasa bawa posisi ‘killer’.

“Saya jatuh semasa membuat libasan sebab waktu tu saya tak pakai tali.

“Untuk babak-babak yang mencabar seperti memanjat memang saya menggunakan tali tetapi waktu tu saya fikir hanya buat libasan biasa sahaja. Jadi, rembat sahaja la dan tak payah guna tali,” jawab Rosyam yang berharap semoga filem yang bakal ditayangkan sebelum Mei 2010 ini dihasilkan dengan penuh berkualiti.

Kata Rosyam, “Saya harap pasca produksi filem ini dilakukan dengan baik dan minta supaya audionya hebat agar berbaloi dengan kecederaan ini.”

Selain filem ‘Libas’, Rosyam yang masih memerlukan rawatan tulang bahunya sehingga betul-betul pulih pada November ini juga sempat menyudahkan pengambaran telefilem ‘Salam Terakhir’ arahan Bade Hj Azmi untuk TV3.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan