Program-program menarik khas 8TV sempena Merdeka-52

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERSEMPENA dengan bulan kemerdekaan dan Kempen 1 Malaysia, Ogos ini stesen hip 8TV akan membawakan anda rancangan-rancangan yang cukup menarik untuk meraikan hari kemerdekaan kita yang ke–52.

8TV telah menyediakan program-program menarik khas untuk peminat setia kami sebagai memperingati hari kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata “Tahun ini merupakan tahun ke-52 kita menyambut kemerdekaan. Kami di 8TV bakal menyajikan program-program yang menarik khas untuk penonton setia kami. Selamat Hari Merdeka dan semoga terhibur.”

8TV juga telah menyediakan sebuah video muzik khas sempena Merdeka hasil arahan Douglas Khoo manakala Yahui Loh bertindak sebagai penerbit.

Video muzik ini bakal menampilkan sekumpulan penari dari pelbagai kaum dengan iringan muzik “Rasa Sayang” yang dimainkan sekumpulan pemuzik menggunakan alat muzik tradisional.

Penari-penari dan alat-alat muzik tradisional yang dipaparkan melambangkan perpaduan semua kaum di Malaysia dan membawa mesej “Kita hidup dengan budaya yang berlainan namun bersatu dalam satu irama”.

Video muzik ini akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ogos ini di saluran hip 8TV sebagai tanda sokongan kepada kempen 1 Malaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan video muzik ini yang akan disiarkan bermula 20 Ogos 2009 dan saksikan rancangan-rancangan menarik sempena Merdeka khas untuk anda hanya di saluran hip 8TV!

30th August 2009, MERDEKA EVE:

8 Style Merdeka Special TX: Sunday, 1.00pm

8 Style bakal membawakan anda fesyen-fesyen menarik dari tahun 30-an sehingga tahun 80-an. Setiap era mempunyai fesyen tersendiri dan peminat fesyen pastinya cukup teruja untuk menyaksikan rancangan ini.

8 E-News Merdeka Special TX: Sunday, 4.00pm

Raikan Hari Merdeka anda bersama Gary yang akan menemuramah artis-artis veteran. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program ini dan menyaksikan bagaimana artis-artis veteran ini meraikan Merdeka dan berkongsi pendapat tentang kemerdekaan di Malaysia.

Ho Chak! Merdeka Special TX: Sunday, 6.30pm

Anda gemarkan makanan yang lazat? Ho Chak! Merdeka Special bakal membawa anda ke restoran-restoran yang terkenal dengan masakan-masakan yang enak yang telah lama dibuka dan masih kekal sehingga kini.

Double, Triple or Nothing 2 Merdeka Special TX: Sunday, 7.00pm

Sempena dengan Hari Merdeka, Double Tripple or Nothing 2 bakal menyaksikan peserta-peserta dari pelbagai bangsa menyertai pertandingan ini.

I Wanna Be A Model 3 Merdeka Special TX: Sunday, 9.30pm

Konsep: Fesyen dari Filem sejak tahun 1950-an.

KAMI – The Movie TX: Sunday, 10.15pm

Filem 'KAMI' mengisahkan perjalanan hidup remaja-remaja yang gemarkan muzik. Lynn seorang gadis yang masih belajar di tingkatan lima bekerja keras untuk membantu kehidupan keluarga sehingga terjebak dengan pengedaran dadah.

Lynn selalu membantu ibunya di gerai. Abu, Ali, Sofie dan Adii merupakan rakan baik Lynn dan selalu melepak bersama-sama.

Pelbagai konflik berlaku dan setiap seorang dari watak-watak ini mempunyai cerita mereka tersendiri.

The 8TV Quickie Merdeka Countdown Special TX: Sunday, 11.45pm

Bersempena dengan Hari Merdeka 2009, 8TV Quickie akan bersiaran selama satu jam secara langsung sebagai memperingati hari kemerdekaan Malaysia.

Rancangan ini akan menampilkan sebuah mini konsert menampilkan artis/band popular dari pelbagai kaum antaranya Bunkface, Meet Uncle Hussain, Estranged, Hujan, Deja Voodoo Spells, They Will Kill Us All dan Jaclyn Victor.

31st August 2009, MERDEKA DAY:

Merdeka Day Parade (LIVE) TX: Monday, 7.00am

Merdeka Special – We’re 1 Malaysia TX: Monday, 3.00pm

Suatu sambutan yang luar biasa bakal muncul untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Tarikh keramat 31 Ogos 1957 sentiasa tersemat dan diingati oleh rakyat Malaysia dan 8TV akan menyiarkan sebuah program khas “We’re 1 Malaysia”.

Rancangan ini terbahagi kepada empat bahagian yang lengkap dengan pengisian budaya dan kaum-kaum yang berbilang bangsa di Malaysia.

Konsep sebegini dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai di samping memupuk semangat cintakan negara.

Rancangan ini akan diacarakan oleh empat orang pengacara dari bangsa yang berbeza dan kesemua mereka akan bercakap dalam bahasa Mandarin sebagai suatu kelainan.

Quickie Back to 1957 TX: Monday, 11.30pm

8TV Quickie bakal membawakan anda memperingati kenangan-kenangan di tahun 1057. Semoga terhibur!

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan