Posh tidak mahu anak lagi

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Victoria bersama dengan suaminya David Beckham ketika tiba di lapangan terbang Heathrow, London. foto-AP
Victoria bersama dengan suaminya David Beckham ketika tiba di lapangan terbang Heathrow, London. foto-AP

VICTORIA Beckham mengatakan dia kini tidak mahu mempunyai anak lagi.

Bekas anggota kumpulan Spice Girl itu kini mempunyai tiga orang anak, Brooklyn, 10, Romeo, 6. dan Cruz, 4, dengan suaminya bintang bola sepak terkenal David Beckham. "Saya bangun awal setiap pagi untuk sediakan sarapan kepada anak-anak dan hantar mereka ke sekolah.

"Ketika mereka berada disekolah sajalah baru saya boleh melakukan kerja saya dan saya mesti habiskan semuanya sebelum pukul 3 petang kerana terpaksa mengambil mereka pula," katanya dalam satu temu bual radio dengan Ryan Seacrest.

Ia merupakan suatu pendedahan yang memerenjatkan kerana sebelum ini dia pernah mengatakan bahawa mahukan seorang anak perempuan.

"Saya tidak kisah mempunyai anak lagi dan saya mahukan seorang anak perempuan," katanya kepada sebuah majalah Sepanyol sebelum ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan