One Tree Hill musim keenam

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASIH tidak puas menonton One Tree Hill? 8TV kini membawakan anda musim keenam One Tree Hill yang disiarkan di 8TV setiap Ahad, jam 10.00 malam!

“Kita tahu ramai yang yang mengikuti drama bersiri One Tree Hill dan drama ini mempunyai kelompok peminat tersendiri. Semoga semua berpuas hati dan gembira menonton One Tree Hill (Musim ke-6) ini!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Musim ke-6 ini membawa anda mengupas kehidupan dan perjalanan yang ditempuhi oleh watak-watak dalam siri One Tree Hill ini. Musim baru ini lebih banyak tertumpu kepada tema cinta dan kehilangan kerana banyak hubungan baru yang bakal menghiasi drama kegemaran ramai ini.

Setelah ditinggalkan pada hari persandingan, Lucas (Murray) masih tidak kenal putus asa.

Beliau masih terus mencari cinta dan mahu melamar kekasih impiannya. Apabila buku kedua Lucas dilancarkan, beliau mula mencari keseimbangan dalam kerjaya sebagai seorang penulis dan kehidupan peribadi.

Peyton (Burton) pula bertemu dengan seseorang yang mempunyai kaitan dengan ibunya dan beliau sudah mula terbuka hati untuk menerima perhubungan itu dan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini.

Brooke (Bush) pula terpaksa berusaha keras bersama Victoria kerana isu “Clothes Over Bros” yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Nathan (Lafferty) dan Haley (Galeotti) pula meraikan kelahiran anak lelaki mereka Jamie (Brundage).

Mereka cukup teruja dan menyimpan cita-cita supaya anak mereka menjadi pemain bola keranjang terkenal dan pemuzik professional. Adakah impian mereka akan tercapai?

Mouth (Norris) terpaksa membuat keputusan yang sukar kerana mendapat tawaran pekerjaan yang memerlukan beliau berpindah dari Tree Hill dan terpaksa berjauhan dengan Millicent (Goldstein).

Skills (Tanner) pula menjadi jurulatih bagi pasukan ‘Ravens’ manakala Deb (Woods) pula menjadi penjaga Jamie buat sementara waktu.

Mereka berdua bersama-sama mempertimbangkan semula tentang perhubungan mereka sama ada mereka lebih selesa untuk kekal bersama atau berpisah.

Jangan lupa untuk menyaksikan One Tree Hill (Musim keenam) setiap Ahad pada jam 10.00malam hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

One Tree Hill musim keenam

Tarikh Siaran: 19 Julai 2009, Ahad

Masa: 10.00pm – 11.00pm

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan