Filem MJ ditayangkan di pawagam 28 Oktober

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenny Ortega berucap semasa upacara memperingati legenda muzik Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. -foto AFP
Kenny Ortega berucap semasa upacara memperingati legenda muzik Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. -foto AFP

DOKUMENTARI tentang Michael Jackson (MJ) akan ditayangkan di pawagam seantero dunia pada 28 Oktober ini.

Menurut Sony Pictures, filem berjudul 'This is It' bagaimanapun hanya ditayangkan untuk tempoh masa dua minggu.

Filem tersebut mengandungi rakaman Raja Pop itu berlatih untuk siri konsertnya di London.

Sony mengumumkan tiket akan mula dijual pada 27 September menerusi satu kenyataan.

"Para penonton berpeluang menyaksikan kehidupan peribadi MJ sebagai seorang penyanyi, penari, pembuat filem, arkitek dan genius. Dia mereka tariannya dan menyempurnakannya," menurut kenyataan Sony itu.

Pengarah filem itu, Kenny Ortega mendedahkan filem tersebut akan menyentuh tentang kehidupan Raja Pop itu.

Katanya, "Semasa kami menyiapkan rakaman filem ini, kami sedar kami merakam sesuatu yang luar biasa, unik dan sangat menarik. Ia bersifat sangat persendirian dan menjurus kepada dunia genius yang kreatif."

Sambil menyifatkan konsert 'This is It' sebagai konsert paling hebat yang tidak dapat semua pihak saksikan, Ortega berkata: "Dengan filem ini, kita dapat menyelami Michael ketika dia membuat persiapan terakhir untuk konsertnya."

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan