Nasha: Iman Tang tetap kawan paling rapat dengan saya

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasha Aziz bergambar selepas selesai sidang akhbar drama 'Kasih Tercipta'. foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Nasha Aziz bergambar selepas selesai sidang akhbar drama 'Kasih Tercipta'. foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

MELIHAT penampilan aktres dan model Nasha Aziz sekarang, wajahnya tampak semakin berseri-seri mungkin kerana penangan cinta daripada kekasih hati, Nur Iman Tang.

Namun, Nasha bagaikan mahu menempelak apabila diajukan soalan tentang Iman lebih-lebih lagi tentang bilakah dia dan pemuda cina yang telah menganut agama Islam pada Ramadhan tahun lalu itu akan disatukan dengan ikatan yang sah.

Biarlah apa pun persoalan yang sedang bermain di fikiran sekarang, Nasha tetap enggan bercakap banyak kerana setiap soalan mengenai dia dan Iman Tang sepatutnya diajukan kepada pemuda itu jua.

“Saya rasa tak adil untuk bercerita tentang matlamat kedua (perkahwinan) bagi pihaknya kerana sepatutnya kita kena bercakap soal ini dengan dia (Iman Tang),” jawab wanita berusia 39 tahun ini.

Namun, Nasha akui yang dirinya sama seperti wanita lain yang menyimpan hasrat untuk berkahwin cuma belum tahu bila tarikh keramat itu akan berlangsung.

“Hubungan saya dengan Iman Tang masih sama seperti dulu dan dia tetap kawan yang paling rapat dengan saya sekarang.

“Kami juga mempunyai perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Tetapi apabila bercakap tentang matlamat itu, saya tak pasti sangat.

“Bagaimanapun, saya tetap menjadi salah seorang wanita yang berkeinginan untuk berkeluarga,” jelasnya yang turut mengakui dirinya sedikit-sebanyak seorang yang perahsia.

Walaupun sukar berkongsi tentang semua perkara dalam dirinya, namun Nasha tidak menyorok hubungannya dengan Iman Tang malah mereka suka menghabiskan masa bersama di tempat-tempat awam.

“Saya bukanlah seorang yang terlalu menjaga eksklusiviti kerana saya juga selalu keluar ke tempat awam.

“Misalnya, saya dan Iman Tang suka berjumpa sambil berbual di kafe, berjalan-jalan di pusat membeli-belah dan menonton wayang,” kata Nasha.

Tambah Nasha, Iman Tang bukan sahaja menjadi pendampingnya di kala senang malah lelaki itu juga banyak memberikan sokongan ketika dia sedang dilanda masalah atau kesusahan.

Menurut Nasha, dia berasa terkilan apabila tidak dapat memfokuskan ibadat puasanya semata-mata pada bulan Ramadhan ini tetapi perasaan itu reda setelah mendapat nasihat Iman Tang.

“Ibadat puasa saya pada tahun ini sedikit terganggu kerana sejak empat tahun lepas mesti saya akan berehat daripada melakukan aktiviti seni untuk menikmati bulan puasa ini.

“Tetapi selepas seminggu baru saya mendapat tahu akan menjalani pengambaran drama ‘Awan Dania’ musim kedua. Jadi, perjalanan kehidupan saya sedikit berubah kerana saya perlu bekerja.

“Ikutkan saya boleh tolak dulu tapi kali ini tidak sebab saya perlu bekerja untuk mencari pendapatan.

“Bukan sebab saya tiada kerja tetapi sebab jadual kerja saya tidak tersusun dengan baik akibat kerja lain yang tidak habis pada masa yang sepatutnya.

“Namun, saya tetap bersyukur kerana Iman banyak menyokong saya untuk bekerja,” ujarnya yang turut sibuk melakukan kerja dalam bidang peragaan.

Selepas raya nanti, Nasha akan terlibat dengan persembahan fesyen Barbie yang berusia 50 tahun.

Menurut Nasha, seramai lima pereka fesyen tempatan yang akan bertindak selaku pereka baju-baju Barbie yang akan diperagakan oleh model-model tempatan yang masih dirahsiakan.

Menyentuh tentang karier lakonannya, Nasha yang baru selesai menjalani pengambaran drama ‘Kasih Tercipta’ berkata dia masih mencari watak-watak yang energetik dan lebih menggunakan fizikal.

“Saya gemarkan watak yang lasak tetapi tidaklah sampai mencederakan diri kerana saya pernah cedera semasa menjalani pengambaran drama ‘Kasih Tercipta’.

“Waktu tu, saya melakonkan babak saya merajuk dan kemudian naik ke atas bumbung rumah. Namun, lepas tu saya tergelincir lalu jatuh dan cedera di tangan sehingga kulit saya terkoyak.

“Lepas tu memang saya dah tak tahan dan terus minta kepada Abang Rashid agar tiada lagi babak seperti itu lagi,” beritahunya sambil menunjukkan kesan parut akibat kecederaan itu.

Nasha melakonkan watak Tona, seorang jurugambar yang mahu menjadi terbaik dalam kerjayanya dan meletakkan kerjayanya di tempat paling teratas.

Tona juga merupakan seorang wanita yang keras kepala tetapi mempunyai hati yang baik.

Tona berkawan baik dengan Shark (Aaron Aziz), yang juga merupakan seorang jurugambar yang bekerja keras kerana mahu membuktikan kepada keluarganya yang kaya yang dia mampu melakukan segalanya.

Tona dan Shark mempunyai hubungan cinta-benci sehinggalah satu hari mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya saling mencintai antara satu sama lain.

Tona akhirnya mengalah dan mengikut kata hati untuk mencintai Shark tetapi dia mendapat tahu bahawa rupa-rupanya Shark telah bertunang dengan Lisa (Erra Fazira).

“Watak Tona tidak banyak beza dengan watak Laila Isabela cuma watak Tona lebih berperikemanusiaan kerana mempunyai famili serta seorang yang sangat ‘protective’.

“Pada episod 13 ke atas, saya selalu bergaduh dengan Lisa tetapi saya dan Erra selalu berbincang agar pergaduhan kami tidak melibatkan fizikal dan lebih kepada berlawan cakap,” beritahu Nasha yang menyifatkan pergaduhan mereka ada ‘kelas’.

Saksikan Nasha, Erra dan Aaron, Fouziah Gous, Syed Ali, Aleeza Kassim, Datuk Tarmimi Siregar, Aida Radzwill, Dee dan Norlia Ramli dalam drama 26 episod ‘Kasih Tercipta’ di Astro Prima pada setiap Selasa, pukul 10 malam mulai 1 September ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan