Alicia Silverstone suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian - Berita Hiburan | mStar

Alicia Silverstone suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alicia Silverstone memegang watak Kate Fox dalam drama bersiri
Alicia Silverstone memegang watak Kate Fox dalam drama bersiri "Miss Match".

AKTRESS Alicia Silverstone mendedahkan bahawa dia suka berkebun dalam keadaan tidak berpakaian.

Alicia, 32, mengakui dia mula tidak berpakaian ketika berkebun buat kali pertama.

"Kerana cuaca sangat panas, saya akan menanggalkan pakaian ketika sedang berkebun. Selepas itu saya akan terus mandi di kolam dan berenang. Sudah tentu ketika berada di dalam kolam saya memang tidak memakai apa-apa pun," kata Alicia.

Aktress itu menjelaskan Aktor Woody Harrelson juga sering tidak berpakaian.

"Saya pernah meluangkan masa bersama dengan Woody, dia langsung tidak segan dan malu apabila tidak memakai apa-apa pun," katanya lagi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan