Diane Kruger hampir ditangkap kerana tidur dalam kereta

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Diane menghadiri tayangan perdana Cinema Society,
Aktres Diane menghadiri tayangan perdana Cinema Society, "Inglourious Basterds" di New York, pada 17 Ogos 2009. -foto AP

AKTRESS German Diane Kruger hampir ditangkap ketika sedang bercuti di Australia dengan kekasihnya aktor Joshua Jackson, selepas mereka dijumpai sedang tidur bersama di dalam kereta oleh seorang pegawai polis.

Diane, 33 dan Joshua, 31, yang sedang dalam percutian di Australia terpaksa tidur di dalam kereta kerana mereka tidak ada tempat untuk menginap semasa dalam perjalanan mereka ke tempat yang dituju.

Diane sangat terkejut apabila dia bangun dan mendapati seorang polis sedang mengetuk cermin kereta mereka.

"Ini kali pertama saya melawat Australia. Sebelum datang kami tidak membuat apa-apa tempahan. Kami menyewa sebuah kereta dan terus memandu," kata Diane Kruger.

"Kadangkala kami tidak dapat mencari hotel dan tempat penginapan, sebab itu terpaksa tidur dalam kereta.

"Ia bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi saya, tapi Joshua sukakannya," kata Aktress itu lagi.

"Ia tidak dibolehkan. Polis mengetuk cermin pintu pada pukul 5 pagi dan Joshua masih tidak sedarkan diri.

"Saya terpaksa bercakap dengan pegawai tersebut, mujurlah dia seorang yang baik dan membiarkan kami," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan