SRK: Ia satu penahanan, bukan publisiti

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh Khan yang baru sahaja tiba di lapangan terbang Mumbai, India. foto-AP
Shah Rukh Khan yang baru sahaja tiba di lapangan terbang Mumbai, India. foto-AP

SHAH Rukh Khan menafikan bahawa penahanannya di lapangan terbang Newark merupakan sesuatu yang dirancang untuk publisiti.

Bintang Bollywood yang baru balik daripada AS berkata dia adalah seorang bintang yang sudah terkenal dan tidak perlu lagi melakukan perkara seperti yang didakwa itu hanya untuk mencari publisiti murahan.

Bagi SRK dia tidak marah dengan kejadian itu tetapi apa yang mengecewakannya ialah semasa proses soalsiat dibuat apabila ditanya dengan soalan, 'nama anda sama dengan 'suspek'' dan ' siapa yang boleh menjamin anda disini'.

Menurut Shah Rukh, seseorang tidak perlu dilayan berdasarkan perbezaan warna kulit dan warganegara.

Bintang Bollywood itu turut menjelaskan yang kejadian tersebut tidak akan menghalangnya daripada melawat AS pada masa akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan