Lan rasa lebih "bebas" bergerak dalam band baru

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlan dan The Typewriter ialah sebuah adikarya terbaik yang dinanti-nantikan selama ini. -foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Azlan dan The Typewriter ialah sebuah adikarya terbaik yang dinanti-nantikan selama ini. -foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

ORANG KATA hidup ini adalah tentang soal membuat pilihan. Dan umum mengetahui bekas vokalis Meet Uncle Hussain (MUH), Lan baru-baru ini telah memilih menubuhkan band baru 'Azlan & The Typewriter' dan keluar dari bayangan kumpulan indie MUH.

Setelah keluar dari kepompong MUH, Lan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee berasa pintu terbuka luas baginya untuk merencanakan perjalanan kerjaya atau seninya.

"Mungkin lebih mudah perjalanan seni atau kerjaya saya. Saya kini lebih bebas bergerak buat muzik sendiri. Tak perlu jaga hati sesiapa.

"Malah saya lebih komited. Apa-apa pun, segala risiko saya sendiri yang tanggung," katanya pada sesi persembahan pertama 'Azlan & The Typewriter' di Hotel PJ Hilton, semalam.

Lan mendendangkan tiga lagu iaitu single pertamanya di bawah jenama Azlan & The Typewriter, 'Kelibat Si Penyair', 'Mendaki Bumi' dan 'Ada Jiwa'.

Ditanya adakah ini bermakna dia tidak komited semasa berada di bawah lembayung MUH, Lan sukar membuka mulutnya. "Susah nak kata..," katanya ringkas sambil terpaksa memikir lama untuk menyusun ayat.

Apa pun, bab MUH telah habis dan kini Lan membuka bab baru yang bertajuk "Azlan & The Typewriter". Komitmennya yang menggunung tinggi, jelas Lan dapat dirasai daripada nama band barunya, "Azlan & The Typewriter".

"Biasanya artis solo juga mempunyai resolusi baru. Jika diperhatikan, nama kumpulan ini pun didahului dengan Azlan. Walau apa pun, Azlan yang akan tanggung apa-apa risiko pada masa depan nanti," ujarnya.

Walaupun bergerak solo, Lan mengakui dia masih dapat merasakan perasaan berkeluarga dengan ahli-ahli baru seperti Din sebagai gitaris, Jimy (drum) dan Pak Ku (bass).

Jika dulu Lan pernah 'berkeluarga' dengan anggota MUH yang lain iaitu Taja dan Afat, sekarang dia memiliki tiga pemuzik "sessionist" sebagai ahli-ahli keluarga muziknya.

Dalam membina sebuah keluarga baru, Lan mengakui dia sukar keluar dari bayangan atau label Lan MUH tetapi yakin para peminatnya dapat menerima Lan 'Azlan & The Typewriter'.

"Sama ada akan Dibayangi antara Typewriter dan MUH, itu tak boleh saya nak cakap (kerana sama) tetapi susunan muzik dan lirik terbaru itu tidak terlampau direct.

"Apa yang pasti, Azlan & The Typewriter' kena bergerak sekarang walaupun perlahan-lahan," kata Lan yang turut menerima tawaran menyanyi di bawah band baru.

'Azlan & The Typewriter' ialah sebuah adikarya terbaik yang dinantikan selama ini. Nama Azlan & The Typewriter terhasil daripada kombinasi sentuhan insan yang disulami dengan asas penulisan tradisional yang membentuk ekspresi diri.

Genre Moden Alternatif Indie Rock telah menjadi pilihan utama 'Azlan & The Typewriter'. Penyusunan muzik yang unik telah mewarnakan lagi melodinya.

Jelas Lan: "Akan terdapat unsur eksperimental pada album baru itu nanti. Di Malaysia, plug-ins tidak banyak , jadi saya nak buat balik dengan The Typewriter sendiri."

Album pertama 'Azlan & The Typewriter' iaitu 'Peta Minda' bakal berada di pasaran pada penghujung tahun 2009.

Ditanya kenapa mengambil masa yang panjang untuk mengeluarkan album pada hujung tahun ini, Lan berkata: "Sebab kena kerja keras. Nak hasilkan lagu-lagu berkualiti, tak boleh terlalu cepat.. tidak boleh terlalu gelojoh."

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan