Zaibo tukar karier jadi penari!

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaibo adalah salah seorang pelakon drama siri tarian
Zaibo adalah salah seorang pelakon drama siri tarian "Tari Tirana" di TV3.-foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

SEBAGAI pelawak terkemuka tanahair, Zainal Ariffin Abd Hamid ataupun lebih dikenali sebagai Zaibo lebih daripada layak untuk menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak.

Malah, sentuhan lawaknya sering dicari-cari oleh pengarah komedi dan filem untuk memberikan kelainan dalam sesebuah filem itu.

Antara filem-filem yang pernah dibintanginya dari 1992 hingga 2009 ialah 'Lu Pikirlah Sendiri de Movie', 'Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008)', 'Soalnya Siapa? (2002) dan Queen Control (1992).

Dan agak janggal sekiranya Zaibo membintangi satu drama siri tarian. Zaibo adalah salah seorang pelakon drama siri tarian "Tari Tirana" di TV3 yang akan bersiaran mulai 25 Ogos ini, setiap Selasa jam 9 malam.

Adakah pelakon veteran ini lincah menari dan tangkas menggerakkan tubuh badannya berbanding pelakon muda yang juga penari?

Jangan terkejut dengan maklum balas Zaibo. Dia memberitahu, semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Trovolta.

"Tarian sedemikian adalah in-thing ketika itu. Hari ini, jurang gaya tarian adalah selama 30 tahun dan saya tidak berupaya menari seperti mereka lagi," katanya secara bergurau senda.

Bagi Zaibo, dia sedar ilmu lakonan yang ada pada dirinya cuma setitis dalam lautan yang terbentang luas.

Seseorang pelakon itu, katanya, harus didedahkan kepada kepelbagaian genre filem. Walaupun pandai berlawak, Zaibo mengambil pendekatan serius mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Barangkali prinsip hidupnya agak jelas - ada apa pada sesuatu gelaran atau taksub dengan apa-apa yang dimiliki sekarang sekiranya diri umpama katak di bawah tempurung.

"Apa salahnya berkerjasama dengan pelakon-pelakon muda. Bukan sahaja ia penting untuk kebaikan produk tetapi juga untuk seseorang artis itu sendiri.

"Dalam medium ini, saya berasa bertuah diberi peluang berlakon sekali gus memahami gelagat muda-mudi tersebut.. Misalnya, cara pemikiran, pemakaian dan kegemaran mereka.

"Sekiranya saya tidak berlakon dengan mereka, saya tidak mungkin memahami mereka secara lebih dekat," katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri 'Tari Tirana' di Platinum Movie Suite, Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara, baru-baru ini.

Dalam drama siri tarian 'Tari Tirana', Zaibo memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan Wan Sharmila).

"Saya berlakon sebagai datuk kepada Tirana. Saya ialah seorang pesara tentera dan saya telah lama terpisah daripada cucu saya Tirana.

"Bapanya membawanya ke Singapura setelah saya menceraikan isteri saya. Jadi, saya tidak berpeluang untuk melihat cucu saya (Tirana).

"Bagaimanapun, kami bertemu apabila Tirana melarikan diri dari bapanya. Saya seorang yang berfikiran terbuka, sporting dan sentiasa menyokongnya. Saya sama seperti 'buddy' (kenalan rapatnya) kepadanya," ujar Zaibo yang berasal dari Padang Besar, Perlis.

Ditanya sama ada lakonan dengan barisan-barisan pelakon muda seperti Shaz Jazle, Ammar Alfian Aziz, Nadia Aquila Bajuri dan Becky Lee membuatkan dirinya terasa lebih 'muda', jawab Zaibo:

"Saya telah berusia, tetapi saya bersedia untuk memahami mereka yang lebih muda," katanya.

Zaibo memberitahu tarikan awal sehingga dia berlakon dalam drama siri tarian "Tari Tirana" itu adalah pengarah itu sendiri.

Drama siri tarian ini adalah hasil arahan sutradara muda, Shahrulezad Mohamedin yang pernah menghasilkan drama-drama hebat di TV3.

Antara buah tangan Shahrulezad termasuk Sindarella, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan.

Kata Zaibo, dia terpikat dengan Shahrulezad yang pernah mengarahkan filem 'Sutun' dan memasang impian untuk berlakon filem arahannya pada suatu hari nanti.

"Filem 'Sutun' berjaya meyakinkan saya tentang kerja-kerjanya. Ketika itu, saya beria-ia benar untuk menemuinya pada suatu hari nanti.

"Tidak semena-mena, Saiful berjaya menghubungi saya dan menawarkan saya berlakon dengan sekumpulan penari muda," kata Zaibo .

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan