Teater Muzikal Gamat rayu tajaan

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi anak dan ibu Gamat yang boleh disaksikan menerusi teater muzikal ini kelak
Aksi anak dan ibu Gamat yang boleh disaksikan menerusi teater muzikal ini kelak

KETIKA dipentaskan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) oleh pelajar-pelajar jurusan Teater tahun dua di sana kira-kira dua tahun lalu, Zaifri Husin tidak menyangka pementasan itu mampu dibawa ke pentas yang lebih gah, iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Ternyata idea yang dicetuskan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk mementaskan 'Gamat' yang pada dasarnya hanyalah sebuah projek kelas ASWARA itu, disambut baik oleh Zaifri, yang merupakan pengarah dan penulis skrip teater muzikal tersebut.

"Ketika wakil PPWM datang bertemu saya dan meluahkan hasrat untuk pentaskan teater ini di IB, saya memang gembira. Tapi, saya beritahu mereka saya ingin berkolaborasi dengan pelajar-pelajar ASWARA juga untuk projek itu nanti, memandangkan ia adalah hasil idea kami bersama.

"Dan saya beritahu mereka juga, kena cari penaja untuk pementasan itu nanti kerana pastinya kita ingin lakukan yang lebih baik," kata Zaifri pada majlis pelancaran dan sidang media teater itu di IB, semalam.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Secara ringkasnya, Gamat memaparkan kisah suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai hidupan laut seperti Ibu Gamat, Anak Gamat, Ketam, Belut, Tiram, Kurita, Udang Kara, Bobor, Buntal, Kuda Laut dan Penyu.

Teater yang akan mula dipentaskan di IB pada 2 hingga 8 Oktober itu turut melibatkan kira-kira 80 pelakon yang terdiri daripada pelakon kanak-kanak berusia 3 tahun hingga dewasa yang mencecah usia 40 tahun.

Antara pelakon-pelakon handalan yang turut menjayakan teater ini ialah Safura, Juhara Ayub, Zuhairi Ibrahim dan Avaa Vanja.

"Karya ini menegaskan tentang bagaimana kesepakatan 'masyarakat' hidupan laut yang mementingkan kesihatan. Kami menerapkan isu-isu tentang kesihatan dalam cerita ini, tetapi kita olahkan dengan penceritaan hidupan laut agar nampak menarik.

"Sedikit sebanyak, kita dapat mendidik penonton tidak kira lapisan umur tentang kesihatan dan alam sekitar.

"Namun begitu, tetap ada sedikit perbezaan kerana dulu pelakon-pelakonnya adalah golongan remaja. Tetapi kali ini, ia membabitkan kanak-kanak dan juga dewasa. Apapun, fokus kita tetap sama," ujar Zaifri yang sebelum ini pernah mengarahkan teater Mana Setangginya dan teater kanak-kanak Ali Baba.

Dalam pada itu, penerbit teater muzikal ini, Siti Rohayah Attan berkata, kelainan yang ditonjolkan dalam teater ini dalam menyampaikan mesej tentang kesihatan dan persekitaran sememangnya cukup menarik dan lantaran itu, PPWM tertarik untuk mementaskan teater itu di IB.

"Secara peribadi, saya adalah penggemar teater dan suka menonton pelbagai jenis teater. Tetapi bila menyaksikan teater ini di ASWARA dulu, saya akui tertarik dengan idea mereka menggunakan dasar laut sebagai 'background'.

"Begitu juga isu yang ingin disampaikan berjaya diterapkan dengan baik di samping elemen hiburan yang dipersembahkan.

"Sepatutnya, kami rancang untuk mementaskan teater ini pada tahun lalu, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu, ia ditunda ke tahun ini," katanya yang juga mungkin ingin menambah isu tentang H1N1 di dalam cerita tersebut memandangkan penularan wabak itu yang kini semakin membimbangkan.

Namun begitu, ujar Siti Rohayah, walaupun begitu teruja untuk mementaskan teater tersebut, pihak penerbitan juga berdepan dengan cabaran tertentu, terutamanya dari aspek penajaan.

"Masalah utama kami ketika ini ialah penajaan. Kami sudah hantar berpuluh-puluh surat kepada badan-badan korporat sejak tahun lalu, tetapi maklumbalasnya amatlah menghampakan.

"Ramai yang lebih suka menaja konsert-konsert dan acara lain berbanding program hiburan berbentuk pendidikan seperti ini. Buat masa ini, kami amat berharap agar program ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan dan dapat disalurkan sedikit dana untuk projek ini," tuturnya.

Permohonan bantuan dana itu kini sedang di dalam peringkat perbincangan di kementerian terbabit di bawah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.

Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 serta RM20 (untuk persembahan matinee saja - 3 dan 4 Oktober) boleh dibeli menerusi laman web www.ticket2u.biz atau talian 03-41498600, CTRA Production (03-61866592/ 017-8716060/ 012-2977220) dan di kaunter Box Office, IB.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan