Kes keputusan Norish sekali lagi ditunda, ke 10 September

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peguam Siti Marlina Sheikh Ibrahim mewakili peguam bela Hashimmuddin, Muhamad untuk memaklumkan sebab Muhamad tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah hari ini.-foto MSTAR
Peguam Siti Marlina Sheikh Ibrahim mewakili peguam bela Hashimmuddin, Muhamad untuk memaklumkan sebab Muhamad tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah hari ini.-foto MSTAR

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini sekali lagi menangguhkan keputusan tiga permohonan pelakon terkenal, Norish Karman berhubung nafkah sementara, harta sepencarian dan tuntutan mengetepikan perintah yang diperoleh bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir ke 10 September depan.

Sebelum ini, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad yang sepatutnya membuat keputusan pada 10 Ogos lalu telah menangguhkannya ke hari ini kerana masih belum bersedia untuk membuat keputusan.

Permohonan pertama Norish adalah mendapatkan nafkah sementara untuk anak-anak mereka.

Permohonan kedua pula adalah mendapatkan perintah ex-parte bagi membekukan sebahagian harta bekas suaminya sementara menunggu keputusan kes harta sepencarian selesai.

Manakala permohonan ke tiga adalah permohonan mengenepikan perintah ex-parte yang diperoleh bekas suami Norish Karman yang menghalang artis itu membawa anak-anaknya berjumpa kekasihnya, Mohd Luqman Mohd Amin.

Hari ini, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menangguhkan keputusannya ke tarikh berkenaan selepas kedua-dua Norish dan Hashimuddin serta peguam bela masing-masing, Akbardin Abdul Kader dan Muhamad Burok tidak menghadirkan diri.

Terdahulu, peguam Siti Marlina Sheikh Ibrahim yang mewakili Muhamad telah memaklumkan sebab Muhamad tidak dapat menghadirkan diri.

Siti Marlina ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, Muhamad tidak dapat hadir kerana menghadiri satu kes mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 17 Julai lalu, peguam bela Norish, Akhbardin telah memfailkan hujahan bertulis yang menyatakan semua aset itu bagi permohonan tuntutan harta sepencarian oleh Norish di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hartanah itu merupakan sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, dua unit kondominium di Abadi Indah dan Danau Permai yang masing-masing bernilai RM300,000, sebuah kondominium di Seri Hening, Ampang serta sebuah rumah bernilai RM100,000 di Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara kenderaan-kenderaan pula sebuah Nissan Murano, Nissan Elgrand, BMW 6 Series, Stavic dan Toyota Caldina yang didakwa dibeli sepanjang 10 tahun hidup bersama bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Hujahan bertulis itu turut merangkumi perkara harta sepencarian dan tuntutan mengetepikan perintah yang diperoleh bekas suami Norish.

Selain tiga permohonan tersebut, terdapat tiga permohonan lagi antaranya, Norish menuntut supaya Hashimuddin menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi bayaran gaji pembantu rumah yang menjaga anak-anak mereka.

Norish turut memohon perintah mahkamah supaya responden mengembalikan dengan kadar segera sebuah kenderaan Nissan Murano yang sebelum ini digunakan pelakon itu untuk membawa anak-anaknya.

Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 35, bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.

Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan