Michael Jackson dikebumikan pada hari lahirnya 29 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Upacara memorial Michael Jackson yang diadakan di Staples Center, Los Angeles. foto-AP
Upacara memorial Michael Jackson yang diadakan di Staples Center, Los Angeles. foto-AP

BAPA Michael Jackson memberitahu bahawa mayat anaknya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Los Angeles pada 29 Ogos ini yang jatuh pada harijadi ke-51 Raja Pop itu.

Joe Jackson telah mendedahkan perkara ini kepada media selepas perancangan mereka untuk mengebumikan Michael telah selesai dibincangkan.

Laporan media pada minggu lepas mengatakan Michael, yang telah meninggal dunia pada 25 Jun lalu akibat serangan jantung telah dikebumikan dalam satu majlis pengebumian secara rahsia pada awal bulan Ogos.

Namun laporan tersebut tidak diketahui sumbernya dan tidak pernah mendapat pengesahan dari wakil keluarga Michael.

Sebuah majlis peringatan telah diadakan pada Julai lalu bagi memperingati Michael, tetapi tiada sebarang pengesahan secara rasmi dibuat mengatakan penyanyi tersohor itu telah dikebumikan selepas majlis tersebut.

Punca utama serangan jantung yang dialami Michael masih lagi misteri. Pejabat Koroner Los Angeles telah menyiapkan laporan bedah siasat tetapi keputusan laporan tersebut masih lagi tidak didedahkan selagi pihak polis belum selesai menjalankan siasatan.

Pihak polis Los Angeles sedang mencari preskripsi dadah yang menyebabkan kematian Michael dan tindakan yang akan dikenakan ke atas doktor yang merawatnya beberapa minggu sebelum kematiannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan