Maiza cari ejen, sibukkan diri berniaga produk muslim

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bagi Maiza, bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi bukan sahaja dijalani dengan kesibukan menjalankan bisnes malah akan diseimbangkan untuk memfokuskan diri dengan amal ibadah. -foto The Star oleh DARRAN TAN
Bagi Maiza, bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi bukan sahaja dijalani dengan kesibukan menjalankan bisnes malah akan diseimbangkan untuk memfokuskan diri dengan amal ibadah. -foto The Star oleh DARRAN TAN

BULAN Ramadhan hampir tiba dan waktu itu ramailah peniaga yang mengambil peluang untuk mencari rezeki lebih untuk dibuat ‘duit raya’.

Sama seperti Maizawati Zainal, yang giat mengembangkan perniagaannya dengan produk muslim yang sememangnya halal dan toiyibah.

Tiga tahun lalu, wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini mendedahkan dirinya dengan bisnes menjual peralatan solat seperti telekung, sejadah, songkok dan al-Quran.

April lalu, dia ‘dilamar’ menjadi duta BondaMama dan baru-baru ini pula dilantik sebagai duta Koleksi Tudung Myza yang diusahakan di bawah Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN).

Kini, Maiza semakin menyibukkan dirinya untuk mengembangkan bisnes yang ada dengan meniaga kek dan jubah abaya dengan jenama ‘Myza’.

Bagi Maiza, bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi bukan sahaja dijalani dengan kesibukan menjalankan bisnes malah akan diseimbangkan untuk memfokuskan diri dengan amal ibadah.

“Saya mungkin lebih tabah, teruja dan sibukkan diri dengan amal ibadah serta kebajikan yang dilakukan oleh YPN,” ulasnya dalam satu sesi fotografi di Menara Star baru-baru ini.

Menurut Maiza, dia menyertai perniagaan ini kerana merasakan ia sesuatu kerja yang berbaloi lebih-lebih lagi dia perlu menyara anak-anak dan ibunya selepas bercerai dengan penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy yang baru mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu.

“Dengan peluang yang ada, saya akan cuba menceburi dan mengembangkan bidang ini kerana saya patut melakukannya untuk lebih meyakinkan pengguna yang beragama Islam dan semestinya mementingkan produk halal dan toiyibah.

“Saya juga bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakan ini. Mungkin ini hikmah yang diberikan Tuhan berkat kesabaran saya selama ini,” luahnya.

Menyentuh tentang produk kek yang sedang menjalani proses pemasaran itu, Maiza berpendapat bisnes kek biasanya dimonopoli oleh peniaga bukan Islam.

“Saya ingin mengenengahkan produk-produk yang halal dan toiyibah.

“Sekurang-kurangnya pengguna ada alternatif untuk memilih produk yang mereka inginkan,” jelasnya.

Tambah ibu kepada enam orang anak ini, dia juga merasakan bisnes ini tepat pada masa sekarang ini memandangkan umat Islam akan meraikan Hari Raya Puasa pada bulan hadapan.

“Saya menggunakan peluang sekarang ini sebab dah nak dekat raya dan juga membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembekal kek Myza,” ujarnya yang hadir bersama rakan baiknya, Adlina Ismail.

Menurut Maiza, dia juga menjual tepung ‘premix’ dalam 300gm untuk membuat kek selain kek yang sedia ada yang berharga RM15 ke atas.

Sambil bercerita tentang kek, rakannya, Adlina sempat mengusik Maiza yang dikatakan hebat dalam bidang masakan terutama masakan Thai.

Maiza hanya tersenyum mendengar kenyataan itu dan berkata dia akan mengusahakan program Mangkuk Tingkat iaitu memasak untuk dihantar ke rumah-rumah yang dikelolakan oleh YPN.

Adlina juga merupakan ibu tunggal yang menjalankan perniagaan seperti Maiza namun dia sempat mengeluh tentang masalah yang menimpa bisnesnya sekarang.

“Saya membuat banyak pinjaman tetapi tidak dapat kerana terdapat halangan.

”Jadi, saya perlukan sokongan pihak berkenaan untuk memudahkan proses. Sepatutnya dana itu diberikan tetapi tak dapat,” luahnya dalam nada kesal yang telah beberapa kali tampil untuk mendapatkan hak pinjaman namun gagal.

Maiza minat jadi hos program masakan

Maiza yang meminati program masakan juga ditanya sama ada berminat atau tidak untuk menjadi hos program masakan jika dilamar oleh mana-mana pihak produksi.

Maiza yang menggayakan tiga pasang jubah abaya yang berlainan corak dan rekaan itu hanya mengangguk setuju.

Sementara itu, jubah abaya Myza yang turut dijual oleh wanita jelita ini menampilkan 30 jenis rekaan yang didatangkan khas dari Dubai dengan harga minimum RM300.

“Jubah abaya yang saya jual ini didatangkan secara eksklusif dengan corak dan bermutu tinggi, sesuai untuk semua acara sama ada formal atau tidak.

“Insya-Allah, saya akan keluarkan lebih banyak corak lagi jika permintaan tinggi.

“Sekarang, saya masih mencari pembekal dari setiap negeri,” tutur Maiza.

Harapan Maiza, semoga pihak tertentu akan menyalurkan dana dan geran untuk membantunya mengembangkan perniagaan yang cuba dijalankan ini kerana dia akui perniagaan yang diceburinya ini memerlukan modal yang banyak.

Bagi yang berminat untuk menjadi pembekal dan ejen kek Myza dan jubah abaya Myza, sila hubungi Tasya di talian 019-5425363 atau berhubung melalui faks di talian 05-5472235.

Selain menjalankan bisnesnya sendiri, dia juga akan terlibat dengan ‘road tour’ untuk mempromosikan tudung Myza di seluruh Malaysia bermula bulan ini atau paling lewat pada bulan depan di mana destinasi pertamanya adalah Johor Bharu.

Dia juga akan melibatkan diri selaku penceramah untuk program motivasi dan remaja selepas raya nanti.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan