Jee: Saya bukan perahsia atau bencikan lelaki!

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauziah Latiff mempunyai sebab mengapa dia lebih banyak mendiamkan diri dalam industri hiburan. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Fauziah Latiff mempunyai sebab mengapa dia lebih banyak mendiamkan diri dalam industri hiburan. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

MUNGKIN ramai yang menyangka penyanyi dan pelakon Fauziah Latiff adalah seorang yang perahsia kerana dia bukanlah seorang yang terlalu gemar menonjolkan diri dengan aktiviti yang dilakukan.

Bukan juga kerana dia seorang yang tidak gemar berkongsi cerita dengan khalayak khasnya peminat yang sentiasa menantikan cerita terbaru tentangnya.

Bagi wanita yang mesra dengan panggilan Jee ini, dia mempunyai sebab mengapa dia lebih banyak mendiamkan diri dalam industri ini.

“Saya bukanlah seorang yang perahsia tetapi sebab saya tidak ada cerita pasal album dan dalam masa yang sama saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa.

“Nanti kalau ada lagu baru, saya akan beritahu,” jelasnya ketika ditemui di pementasan teater ‘Muzikal Tun Razak’ di Is tana Budaya, baru-baru ini.

Sejak membina kehidupan solo dua tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya, Johan Indot, Jee sepi tanpa cerita cinta.

Pernah tersebar gosip mengatakan dia dengan pelakon Hans Isaac bercinta pada suatu ketika dahulu namun kedua-duanya menafik annya.

Sehingga kini, tidak kedengaran lagi cerita tentang Jee dengan mana-mana lelaki.

Dia pernah mengaku tidak mahu memikirkan tentang teman hidup mahupun teman lelaki buat masa ini. Namun sejauh mana Jee hendak mengunci mulutnya? Biar masa yang menentukannya.

Bagi Jee, tidak memikirkan tentang ‘cinta’ tidak bermakna dia sudah tidak percaya atau bencikan lelaki.

“Saya masih mencari dan ‘leave it open’. Apabila tiba masanya, Insya-Allah..sekarang saya masih ‘single’.

“Saya percaya setiap insan perlu ada pasangan dan kalau ada alhamdulillah tetapi sekarang nanti dulu,” ujarnya yang berlakon dengan penuh perasaan sebagai Tun Rahah dalam muzikal itu.

Bercerita lanjut tentang pementasan itu, menurut Jee, perlu untuk dia melontarkan seluruh jiwa dan raganya lebih-lebih lagi semasa babak Tun Razak mahu ke London sebelum meninggal dunia di sana.

“Jalan ceritanya mungkin orang akan anggap klise tetapi saya perlu menjiwai kerana merasakan sedih apabila suami kita hendak meninggalkan kita.

“Saya harap penonton dapat merasai apa yang saya cuba sampaikan,” ceritanya yang turut dilihat bergenang air mata ketika melakonkan babak itu di samping Rashidi Ishak sebagai Tun Razak.

Lakonan Jee dilihat mendapat perhatian ramai dan sejurus selepas dia melontarkan nyanyiannya, terus penonton bersorak riang.

Melihat reaksi positif ini, tidakkah Jee teringin untuk berlakon teater lagi selepas ini?

Sambil tertawa Jee menjawab, “Insya-Allah, saya suka untuk membuat kerja satu persatu.

“Setiap hari, saya akan membuat kerja satu persatu baik dalam kehidupan dan kerja saya.

“Insya-Allah, kalau ada yang sudi, kita boleh bincang nanti. Bagi saya, lakonan ini merupakan satu tanggungjawab yang besar.

“Sekali saya sudah terima, saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik kerana saya masih belajar.

“Jadi,saya perlu tengok skrip dulu. Bukan apa, saya takut tak terbawa kerana ini tanggungjawab dan saya tak mahu kecewakan orang lain.”

Mungkin tidak ramai yang tahu, Jee sendiri meluahkan betapa takutnya dia ketika melakukan pementasan itu walaupun pada hakikatnya ini merupakan teater keduanya selepas teater ‘Rubiah’ pada 10 tahun lalu.

“Saya ada ketakutan dan banyak kelemahan kerana saya selalu ingin buat yang terbaik. Saya malu juga tapi saya perlu kawal diri- sendiri untuk kebaikan diri,” ulasnya yang turut bergelar duta produk kecantikan SKII selama 11 tahun berturut-turut.

Setia 11 tahun dengan SKII

Dalam pada itu, Jee turut berkongsi rahsia kecantikannya yang diamalkan sehingga hari ini. Menurut Jee, dia menggunakan produk yang diperlukan bagi kulitnya yang antaranya adalah ‘miracle water’, ‘skin refining treatment’, ‘mask’ dan ‘UV protection’.

Seperti SKII yang setia memilih Jee sebagai duta, Jee juga berkata dia akan setia dengan produk itu sampai bila-bila.

“Alhamdulillah, produk ini memang bagus, bukan sebab saya sebahagian dari SKII tetapi sebab 11 tahun lepas saya memang tak tahu apa-apa tentang produk ini.

“Mereka pun tak cakap apa-apa tentang produk ini. Saya hanya mencuba produk itu terlebih dahulu dan selepas itu melihat satu keajaiban berlaku.

“Waktu tu saya berusia 15 tahun tetapi saya tidaklah mempunyai masalah kulit yang terlalu ‘major’.

“Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan masalah kulit yang biasa berlaku kepada remaja,” ceritanya yang akan menyambung penggambaran drama ‘Gelora Di Hati Sara’ pada Oktober nanti.

Jadi, dalam bulan puasa nanti Jee berkata dia akan menjalani proses ‘script reading’.

Jee akan melakonkan drama itu di samping pelakon popular Rosyam Nor dan Datuk Rahim Razali.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan