Fara Fauzana dimarah ibu kerana rambut palsu merah

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNGKIN ramai yang lebih mengenalinya sebagai seorang penyampai radio yang sentiasa mencuit hati pendengar dengan keletahnya yang menghiburkan. Namun, ketika melihat aksi di dalam filem terbaru lakonannya, kelihatan seperti dia mampu membawakan kesemua watak.

Penyampai radio Hotfm, Fara Fauzana, yang membintangi filem terbaru terbitan KRU Studios berjudul 'Jin Notti' membawakan watak Notti bergandingan dengan penyanyi yang mendapat gelaran Raja SMS, Mawi.

Fara yang ditemui pada sidang media tayangan perdana filem berkenaan yang telah diadakan di Cathay Cineplexes, Cineleisure Damansara meluahkan perasaan leganya setelah melihat lakonannya sendiri.

"Pada mulanya saya agak nervous jugak, tapi lepas selesai tayangan tadi saya dah rasa lega. Masa tayangan tadi memang saya ada berharap ada part yang orang akan ketawa dan saya lihat ada respon dari penonton tadi.

"Tapi saya rasa saya boleh perbaiki lagi lakonan saya sebab bidang lakonan ni sama dengan nyanyian, sentiasa perlu masa untuk diperbaiki," katanya.

Fara turut menceritakan dia dimarahi ibunya kerana isu rambut palsu. Salah satu watak yang dipegangnya sebagai Y'vonne, merupakan kekasih kepada ketua kumpulan kongsi gelap yang memerlukannya memakai rambut palsu warna merah.

"Masa tayangan tadi mak saya tegur saya, kenapa warnakan rambut merah, jadi saya terpaksa terangkan balik situasi sebenarnya.

"Saya katakan rambut tu rambut palsu dan itu bukan watak Notti, sebaliknya Notti berada di dalam tubuh Y'vonne tu je.

"Lepas saya terangkan situasi sebenarnya dengan detail, baru mak saya faham," kata Fara yang membawakan empat watak yang berlainan di dalam filem ini.

Ditanya berkenaan perasaanya menonton tayangan filem tersebut bersama ahli keluarganya, Fara mengatakan dia berasa sangat malu kerana keluarganya lebih mentertawakannya kerana gelagatnya di dalam filem tersebut.

"Malu gila saya, family saya lebih gelakkan saya sebab macam-macam gelagat yang saya buat dalam filem tu. Ye lah, lain watak, lain lah gelagat yang saya kena buat.

"Tapi ini pengalaman yang menyeronokkan buat saya dan keluarga saya," katanya.

Fara turut mengatakan dia gembira kerana berpeluang berlakon bersama pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman yang turut berlakon di dalam filem ini.

"Saya sangat gembira dan ini merupakan peluang yang baik buat saya. Abang Aziz seorang yang bagus dalam lakonan dan dia seorang yang profesional dalam kerjanya.

"Saya tak pernah berlakon dengan abang Aziz, saya pernah berlakon di bawah arahan dia je.

"Saya lihat abang Aziz juga semasa berlakon filem ini, cara dia membawa diri dia tidak seperti seorang pengarah filem, tetapi sebagai seorang pelakon sama seperti yang lain dan abang Aziz lebih banyak menggunakan 'body language' dalam lakonannya," ujar Fara.

Ditanya mengenai watak yang paling sukar untuk dibawanya di dalam filem ini Fara mengatakan watak peguam yang dipegangnya adalah watak yang sukar untuk dibawa kerana perlu menjadi serius dan terpaksa menjadi orang lain.

"Fara membawakan empat watak dalam filem ini, watak yang paling susah adalah watak peguam, waktu tu Fara kena jadi serius dan 100 peratus Fara kena menjadi orang lain.

"Watak yang Fara rasa watak diri Fara sendiri adalah watak Notti," katanya.

Di dalam filem ini Fara yang memegang watak Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lemah lembut dan jujur yang berusia 117 tahun.

Notti telah dihantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal.

Notti telah memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza iaitu Ruby (seorang gadis remaja Punk), Y'vonne (kekasih kepada ketua kumpulan kongsi gelap) dan Sharifah (seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah).

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan