'Duta Ariani' Ekin tidak tercabar dengan pesaing lain

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN BAHAGIA... Ekin dan Mawi
PASANGAN BAHAGIA... Ekin dan Mawi

SEJAK kemunculan tudung Ariani di mana pelakon dan model Ekin sebagai dutanya, kini semakin banyak lambakan tudung jenama lain seperti Ratu, Myza, Hajaba dan banyak lagi.

Walaupun lambakan jenama pelbagai jenis tudung yang tidak banyak bezanya itu memberikan saingan yang tinggi kepada Ariani, namun bagi Ekin atau nama sebenarnya Nora'asikin Rahmat lebih memandang hal itu sebagai suatu fenomena yang positif.

“Saya tak rasa tercabar malah lebih suka dengan saingan ini kerana sekurang-kurangnya kita menggalakkan lebih ramai wanita memakai tudung.

“Saya juga kagum dengan rekaan tudung daripada jenama lain yang pelbagai,” kata Ekin ketika ditemui semasa majlis malam gala tayangan filem ‘Jin Notti’ baru-baru ini di Petaling Jaya.

Filem ini dilakonkan oleh suaminya, Mawi sebagai Aziz yang akan ditayangkan pada Hari Raya pertama nanti di seluruh pawagam tanah air.

Ekin juga secara berseloroh memberitahu yang disebabkan semakin ‘berisi’, dia sudah tidak muat untuk mengenakan tudung Ariani bersaiz ‘S’ yang sebelum ini selalu dipakai olehnya.

Namun, Ekin menafikan tubuhnya ‘berisi’ kerana dia sedang mengandung.

“Belum lagi..belum ada rezeki..,” ujarnya ringkas sambil tersenyum.

Dalam nada sopan, Ekin akui yang dirinya kini jauh berubah setelah mendirikan rumah tangga lebih tujuh bulan dengan penyanyi popular itu.

“Sekarang, saya sudah tidak boleh fikir untuk berseronok sahaja kerana saya sudah menjadi seorang isteri..umur pun dah 30 tahun.

“Alhamdulillah, hubungan kami ‘ok’ dan hanya menanti rezeki anak,” luah Ekin dalam nada teruja dan gembira.

Jelas menampakkan pipinya yang tembam disambut dengan kebahagian yang sedang ditempuhi dalam hidupnya sekarang.

Bercerita tentang kehidupan berumah tangga, duta R&Z Cosmetics ini juga menjawab tentang soalan yang dikemukakan olehnya kepada Mawi sehingga membuatkan suaminya pucat dan terkedu semasa program ‘AC?’ yang dihoskan oleh AC Mizal.

Ekin hanya bertanya soalan sama ada Mawi pernah berasa tidak puas hati dengannya selama mereka berkahwin.

“Waktu itu, saya diberi peluang untuk bertanya soalan kepadanya di Kaunter AC.

“Tiba-tiba ada salah seorang penonton yang turut berbaris untuk bertanya soalan selepas itu memberikan idea kepada saya untuk bertanya soalan itu.

“Serius, saya memang tak terfikir pun untuk bertanya dengannya sebelum ini. Muka dia pucat selepas itu mungkin sebab terkejut dengan soalan itu tetapi saya tahu selepas itu dia ‘ok’..,” jelas Ekin.

Menyentuh tentang karier, Ekin juga memberitahu dia lebih banyak melakukan kerja dalam bidang peragaan berbanding lakonan.

“Dulu, saya hanya ikut kembar saya, Aein untuk berlakon. Jadi, sebab itu saya hanya muncul dalam sebuah drama iaitu ‘Kawan’.

“Terus-terang saya katakan, saya tidaklah terlalu rindu untuk berlakon kerana saya lebih minat untuk buat ‘modelling’ busana muslimah.

“Tetapi lepas menemani Mawi berlakon, seronok pula saya rasa,” jawabnya yang turut muncul dalam sebuah telefilem ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ terbitan syarikat suaminya, MW Entertainment Sdn. Bhd yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti.

Namun, Ekin tidak menafikan yang dia bersedia untuk menerima tawaran berlakon sekiranya kena dengan skrip dan wataknya.

“Saya tak minat tak semestinya saya tidak mahu berlakon langsung. Kalau ada tawaran, apa salahnya..saya terima kalau kena caranya,” beritahu Ekin.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan