Beyonce jarang bersosial sejak kecil

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi Beyonce mengaku kurang bersosial sejak dari zaman kanak-kanaknya. foto-AFP
Penyanyi Beyonce mengaku kurang bersosial sejak dari zaman kanak-kanaknya. foto-AFP

PENYANYI terkenal Beyonce Knowles berkata dia tidak selesa berada dalam kelompok yang ramai kerana dia jarang bersosial sejak kecil lagi.

"Sewaktu zaman sekolah, saya pergi ke sekolah swasta dan selepas itu saya hanya membuat ulangkaji pelajaran di rumah sahaja kerana sibuk dengan Destiny Child.

"Saya jarang bersosial, sebab itu saya tidak selesa dan menjauhkan diri daripada orang yang terlalu ramai.

"Ramai yang melihat saya sebagai diri saya ketika membuat persembahan. Tetapi dalam kehidupan yang sebenar saya jauh berbeza," kata Beyonce.

Bagaimanapun apabila menyentuh tentang kehidupan peribadinya, penyanyi berusia 27 tahun mengatakan beliau adalah seorang yang fleksibel dan banyak perkara yang boleh dikongsinya.

"Memang bagi sesetengah orang mereka akan berasa janggal sekiranya keluar berpasangan dengan selebriti kerana populariti mereka.

"Tapi berbeza bagi saya kerana sesiapa yang mengenali diri saya sebenarnya pasti akan lupa bahawa saya adalah seorang yang terkenal.

"Lebih banyak yang saya mampu kongsikan selain dari populariti saya itu," katanya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan