Adik perempuan rahsia, punca MJ benci ayahnya

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hubungan dingin antara Michael Jackson dan ayahnya bermula sejak dari kecil lagi. foto-AP
Hubungan dingin antara Michael Jackson dan ayahnya bermula sejak dari kecil lagi. foto-AP

ADIK perempuan 'rahsia' Michael Jackson adalah punca Raja pop itu dikatakan membenci ayahnya, Joe.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Thriler' itu tidak suka dengan hubungan yang rapat antara Joe dan adik perempuanya itu.

Vonie merupakan anak kepada Joe Jackson dan Cheryl Terry yang dilahirkan pada tahun 1975.

Michael tidak dapat memaafkan ayahnya kerana layanan baik yang diberikan kepada Vonie kerana dia sendiri tidak pernah diberikan kasih sayang sejak dari zaman kanak-kanaknya.

Penyanyi itu pernah mendedahkan yang Joe sering merotan dan memukulnya.

"Dia (Joe) tidak pernah peluk saya, tapi dia peluk Vonie. Dia tidak ada masalah dengan Vonie, itu yang membuatkan saya tidak faham," menurut sebuah akhbar yang memetik kenyataan Michael Jackson suatu masa dahulu.

"Michael tidak suka dengan ayahnya kerana dia memberikan kasih sayang kepada Vonie lebih daripada yang diberikan kepada Michael dan adik-beradik kandungnya.

"Michael juga benci dengan ayahnya kerana berlaku curang dengan Katherine apabila mempunyai hubungan sulit dengan orang lain," kata seorang kawan yang rapat dengan Michael.

Vonnie, 24, dilahirkan sehari selepas Michael menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

Dia dilaporkan tidak pernah membuat apa-apa kenyataan berhubung dengan pertalianya dengan keluarga Jackson selepas dinasihatkan oleh Joe.

"Apabila Katherine dan Joe tidak lagi tinggal bersama, Vonnie kemudian berpindah mengikuti Joe.

"Perkara itu menyebabkan Michael lebih marah dan dia tidak mahu menganggap Vonnie adalah sebahagian dari keluarganya," lapor sumber itu lagi.

Sumber itu turut mendedahkan bahawa Vonnie pernah bercita-cita mahu menceburkan diri dalam bidang muzik, tetapi akhirnya impiannya itu gagal dan kini hanya bekerja di lapangan terbang, Los Angeles.

"Keluarga Jackson tidak mahu tahu langsung apa-apa mengenai Vonnie," kata sumber itu lagi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan