Sienna Miller dan Slinky Wizard sah bercinta! - Berita Hiburan | mStar

Sienna Miller dan Slinky Wizard sah bercinta!

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sienna Miller bergambar ketika tiba di tayangan perdana filem terbarunya
Sienna Miller bergambar ketika tiba di tayangan perdana filem terbarunya "G.I. Joe: The Rise of Cobra" di Grauman's Chinese theatre, Hollywood California. foto-REUTERS

KHABAR angin mengenai percintaan antara pelakon terkenal Britain Sienna Miller dan DJ Slinky Wizard kini sudah terjawab apabila kedua pasangan tersebut kelihatan sedang asyik berkucupan ketika dalam percutian di Ibiza, Sepanyol.

Miller, 27, dikatakan bercinta dengan George Barker sejak mereka bertemu di Secret Garden Party di Cambridge, England bulan lepas, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Sienna membawa kekasihnya itu ke Ibiza minggu ini untuk menghadiri majlis harijadi ibu tirinya.

Mereka kelihatan sedang berkucupan semasa menaiki perahu layar ketika dalam perjalanan ke Ibiza.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan