Jennifer Aniston bersenam hingga larut malam untuk kelihatan muda

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer Aniston bersenam setiap hari untuk kelihatan muda dalam filem baru 'The Bounty'. foto-AFP
Jennifer Aniston bersenam setiap hari untuk kelihatan muda dalam filem baru 'The Bounty'. foto-AFP

PELAKON terkenal Hollywood, Jennifer Aniston kini sedang giat berlatih untuk mengekalkan kecergasan fizikalnya dan kadangkala terpaksa bersenam hingga larut malam.

Menurut sebuah laman web, pelakon berusia 40 tahun yang terkenal dalam sitkom 'Friends' itu adakalanya terpaksa bersenam pukul 3 pagi setiap hari walaupun dia mempunyai jadual ketat untuk penggambaran filem barunya 'The Bounty'.

"Jennifer mahu mengekalkan kecergasan dan bentuk badannya untuk filem ini. Selalunya penggambaran filem ini bermula pada awal pagi.

"Sekiranya penggambaran bermula pada pukul 5 pagi, Jennifer terpaksa bangun pada pukul 3 pagi dan membuat latihan di gim lebih kurang 2 jam sebelum penggambaran bermula," kata sebuah sumber yang rapat dengan beliau.

"Jennifer akan memegang watak seorang wanita yang berusia 35 tahun dalam filem itu. Sebab itu dia sentiasa bersenam untuk kelihatan muda.

"Dia memang suka berlakon sebagai wanita yang lebih muda, sebab itu dia sentiasa menolak tawaran untuk berlakon sebagai ibu," kata sumber itu lagi.

Jennifer mempunyai seorang pelatih yoga peribadi, Mandy Ingber untuk membantunya dalam membuat senaman.

Jennifer sebelum ini dikatakan sedang bercinta dengan Pelakon Scotland, Gerard Butler.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan