Oksana Grigorieva nafi dia rosakkan perkahwinan Mel Gibson

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres dan artis rakaman Oksana Grigorieva bersama teman lelakinya, aktor Mel Gibson semasa tayangan filem
Aktres dan artis rakaman Oksana Grigorieva bersama teman lelakinya, aktor Mel Gibson semasa tayangan filem "X-Men Origins: Wolverine" di teater Cina Grauman di Hollywood, California. Gambar ini diambil pada 28 April 2009. -foto REUTERS

KEKASIH Mel Gibson, Oksana Grigorieva dari Rusia menegaskan dia tidak menggagalkan perkahwinan aktor itu.

Mel Gibson - aktor 'The Lethal Weapon' - memfailkan permohonan cerai daripada Robyn, isterinya selama 28 tahun pada April (09).

Gibson mengumumkan pada bulan Mei bahawa dia menjangka mendapatkan anak kelapan dengan Grigorieva.

Grigorieva menegaskan dia letih dilabel sebagai "perempuan jalang" dalam perhubungan suami isteri Gibson-Robyn.

Dia juga membidas wakil media yang menggembar-gemburkan dia mempunyai "perhubungan intim" untuk satu tempoh masa yang panjang.

"Kami tinggal di bandar yang sama. Saya tidak mengawal siapa yang akan saya temui. Saya bertemu dengan banyak orang seni, muzik dan filem.

"Bagaimanapun, cinta itu suatu yang tidak dapat diterangkan," tambah Grigorieva.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan