Katie marah Tom beramah mesra dengan peminat.

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom Cruise dan Katie Holmes menghadiri satu upacara untuk mengiktiraf Cameron Diaz dengan satu 'bintang' di The Walk of Fame. Gambar ini diambil pada 22 Jun 2009 di Hollywood, California. -foto AFP
Tom Cruise dan Katie Holmes menghadiri satu upacara untuk mengiktiraf Cameron Diaz dengan satu 'bintang' di The Walk of Fame. Gambar ini diambil pada 22 Jun 2009 di Hollywood, California. -foto AFP

NAMPAKNYA Katie Holmes tidak boleh berkompromi apabila suaminya, Tom Cruise menghabiskan lebih banyak masa dengan para peminatnya dari Melbourne.

Pasangan itu khabarnya bertengkar pada set penggambaran filem seram, 'Don't Be Afraid of the Dark' di Melbourne.

Selepas sebulan, pasangan bintang handalan itu kembali bersama pada hujung minggu apabila Tom Cruise terbang ke Melbourne.

Dia nampaknya tampil pada lokasi penggambaran dengan dua dozen ros merah untuk isterinya.

Pasangan itu dilihat keluar bersama-sama anak perempuan, Suri ke akuarium dan hadir ke perlawanan AFL bersama Guy Pearce - bintang gandingan Katie.

Bagaimanapun, babak gembira itu tidak berpanjangan. Pasangan itu bertengkar pada lokasi penggambaran, tengah hari Rabu.

Orang ramai melihat bagaimana Katie Holmes tidak gembira dengan para peminat Melbourne yang beramah mesra dengan suaminya.

Dan apabila Tom menemui semula Katie, satu pertengkaran berlaku dengan Tom bergegas meninggalkan Katie.

Katie hanya tersenyum lemah kepada saksi-saksi insiden memalukan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan