Pierce Brosnan mahu pembunuhan dolfin dan ikan lumba-lumba dihentikan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rene Russo dan Pierce Brosnan membintangi filem 'The Thomas Crown Affair'.
Rene Russo dan Pierce Brosnan membintangi filem 'The Thomas Crown Affair'.

BEKAS bintang filem 'James Bond', Pierce Brosnan mahu pihak berkuasa Jepun mengharamkan pembunuhan dolfin dan ikan lumba-lumba untuk tujuan mendapatkan daging haiwan tersebut.

Pelakon dari Ireland itu terkenal sebagai orang yang selalu berkempen untuk alam sekitar.

Beliau mula menyedari perkara itu selepas menonton dokumentari yang memaparkan pembunuhan dolfin di Jepun dalam filem baru 'The Cove'.

Dokumentari tersebut dihasilkan oleh sekumpulan wartawan yang membuat penyiasatan berkenaan dengan pembunuhan hidupan laut.

Peirce terkejut dengan kejadian itu dan menggesa orang ramai membuat petisyen kepada pemimpin AS sebagai usaha menghentikan pembunuhan dolfin dan ikan lumba-lumba di Jepun.

"Selepas menonton 'The Cove', saya terkejut apabila mendapati lebih 20,000 dolfin dan ikan lumba-lumba dibunuh di Jepun setiap tahun untuk mendapatkan daging haiwan tersebut walaupun ia mempunyai kandungan toksik yang tinggi.

"Kalau bukan pendedahan yang dilakukan oleh wartawan, kita masih lagi tidak tahu tentang kehidupan dolfin yang kian terancam dan keselamatan makanan laut di Jepun.

"Sekarang kita perlu membuat sesuatu untuk mengubah nasib hidupan tersebut," kata Pierce Brosnan dalam laman web peribadinya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan