Che Am Raihan: Pemergian Ustaz Asri bagai kehilangan tokoh negara

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Che Am (depan) dan anggota Raihan yang lain turut melawat jenazah Ustaz Asri semalam.
Che Am (depan) dan anggota Raihan yang lain turut melawat jenazah Ustaz Asri semalam.

PEMERGIAN Ustaz Mohd Asri Ibrahim bagaikan kehilangan seorang tokoh negara yang dirasai oleh semua orang termasuk rakan seperjuangan vokalis Rabbani ini iaitu penyanyi Che Am dari kumpulan Raihan.

Menurut Che Am, dia menganggap Asri sebagai tokoh negara kerana semua orang tidak kira peringkat umur yang mengenalinya pasti menyayangi dan menyukainya.

“Selepas pemergiannya, kini kita telah kehilangan ikon nasyid yang besar.

“Dalam industri nasyid, dia merupakan penggerak utama dan pencetus minat orang ramai terhadap nasyid.

“Ada yang berubah minat apabila mendengar lagu-lagunya. Ada juga yang berubah angin dakwah daripada tidak begitu komited dengan Islam tetapi selepas itu berminat dengan Islam kerana lagu-lagunya mudah meresap dalam jiwa untuk berubah,” kata Che Am yang mengenali Asri sejak penyanyi itu menubuhkan kumpulan nasyid Nada Murni sekitar tahun 80-an.

Ceritanya, dia masih ingat bagaimana kali terakhir menemui Asri ketika sama-sama menjayakan konsert pada 1 Ogos lalu.

Lantas, Che Am berkata kehilangan Asri akan terus dirasai kerana dia menganggap arwah seorang yang relaks, cool, baik dan mudah senyum.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa Raihan, Rabbani dan Hijjaz menjayakan sebuah konsert pada 1 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam.

“Saya berasa seronok dan tenang apabila bersama dengan dia. Dia ni mudah bersembang, memberi semangat dan tidak mudah marah kepada orang lain,” ucap penyanyi yang popular dengan lagu 'Assubhubada' ini yang turut melawat jenazah Asri semalam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan