Arwah MJ meraih ratusan juta dolar selepas kematian

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto bertarikh 24 Februari 1988 ini menunjukkan Michael Jackson bersandar, menunjuk, menyanyi dan berdansa semasa persembahan pembukaan untuk siri konsertnya pada 13 bandar di Kansas City. -foto AP
Foto bertarikh 24 Februari 1988 ini menunjukkan Michael Jackson bersandar, menunjuk, menyanyi dan berdansa semasa persembahan pembukaan untuk siri konsertnya pada 13 bandar di Kansas City. -foto AP

MENDIANG Michael Jackson difahamkan meraih ratusan jutaan dolar selepas kematiannya. Raja Pop itu yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dikatakan meraih 100 juta dolar menerusi satu transaksi filem dan beberapa kontrak pelbagai barang dagangan.

Menurut laporan media, wasi-wasi estet Michael - eksekutif muzik John McClain dan seorang rakan keluarga Jackson - menjangkakan pemerolehan sebanyak 100 juta lagi pada akhir tahun ini.

Branca berkata, rekod baru pemerolehan untuk estet-estet tersebut boleh dicapai memandangkan 'empayar perniagaan' Jackson adalah hampir sama seperti Elvis Presley.

Kata Branca lagi: "Apabila anda mengkaji apa-apa yang boleh diperolehi menerusi estet Presley, anda melihat peluang-peluang tersebut.

"Saya secara jujur melihatnya sebagai estet yang lebih besar."

Estet bintang itu merangkumi 50 peratus kepentingan (saham) dalam Sony/ATV, perkongsian penerbitan muzik yang melibatkan hak-hak cipta katalog The Beatles, katalog lagu-lagu Jackson dan Neverland Ranch.

Branca menjangkakan aset-aset tersebut boleh menghasilkan 50 hingga 100 juta dolar setahun.

Mark Roesler, Pengerusi CMG Worldwide, - sebuah firma pelesenan yang pernah menguruskan estet Presley, Marilyn Monroe dan James Dean - berkata: “Anda mempunyai seseorang yang meninggalkan kesan dan impak terhadap enam bilion orang di dunia ini."

"Jika anda meletakkan nilai 110 juta dolar pada hak cipta intelektual Elvis Presley, itu adalah penanda aras.

"Sudah pasti nilai-nilai hartanah Michael Jackson melebihi ratusan jutaan dolar," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan