Chef Wan dapat undangan jadi tetamu Oprah Winfrey

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama muncul dalam rancangan 'Oprah Winfrey Show'.
Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama muncul dalam rancangan 'Oprah Winfrey Show'.

SELEBRITI Chef yang paling terkenal di rantau Asia, Chef Wan telah mendapat undangan untuk menjadi tetamu istimewa pengacara 'talk show' terkenal Oprah Winfrey.

Jemputan itu telah disampaikan kepada Chef Wan baru-baru ini melalui orang tengah iaitu Ketua Pegawai Asian Food Channel, Maria Brown.

Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang muncul dalam rancangan 'Oprah Winfrey Show'.

Chef Wan yang jelas teruja, menganggap dirinya cukup bertuah dan tidak pernah menjangka yang Oprah akan mengundangnya.

"Pagi tadi saya menerima sepucuk surat yang dihantar melalui pihak Oprah Winfrey Show. Mereka mengundang Wan untuk menjadi tetamu dalam rancangan itu.

"Wan rasa macam tak percaya je, betul ke ni jemputan untuk aku? Kawan Wan yang beritahu Wan pasal berita ni, Wan banyak kali cakap dekat dia, jangan main-main dengan benda macam ni. Dia pun kata dia tak main-main, baru Wan percaya," kata Chef Wan ketika dihubungi mStar online.

Chef Wan juga tidak menyangka di sebalik kejayaan selebriti lain yang terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, dia masih berpeluang untuk di undang ke sebuah rancangan terkemuka dunia berbanding Siti dan selebriti yang lain.

"Wan rasa bertuah sangat-sangat, tak tahu nak cakap macam mana, bukan senang untuk kita di undang sebagai tetamu istimewa dalam rancangan yang berprestij seperti Oprah ini.

"Bukan Wan nak bangga dirilah, tapi kalau nak dibandingkan populariti, popular lagi Datuk Siti, tapi tidak ada lagi selebriti kita yang di undang walaupun popular.

"Bila Wan diundang Oprah, Wan rasa gembira, bangga dan 'excited' sangat sebab satu dunia menyaksikan rancangan Oprah ini. Jadi Wan berbangga kerana Wan dari negara Malaysia," katanya.

Menurut Chef Wan, undangan yang diterimanya ini mungkin dari kejayaannya merangkul "The Best Celebrity Chef In The World" di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' yang menewaskan selebriti chef lain dari seluruh dunia.

"Lepas Wan menang, artikel pasal kemenangan Wan tu ada keluar di New York Times, lepas tu Wan juga ditemuramah oleh sebuah majalah yang terkemuka, Le Prestige.

"Mungkin dari situ juga mereka nampak kredibiliti Wan sebagai selebriti chef terbaik dunia," jelasnya.

Namun selebriti chef ini masih tidak mengetahui lanjutan mengenai undangan ini biarpun dia sudah memberikan jawapan dan menyerahkan kepada Maria untuk berurusan dengan pihak Oprah.

"Wan tak tahu bila mereka akan panggil Wan, tetapi yang pasti dalam surat tu dinyatakan 'urgent', jadi maknanya mungkin akan dipanggil dalam masa terdekat inilah.

Chef Wan yang tidak kedekut dalam berkongsi pengalamannya turut mengatakan ini bukan kali pertama dia ditemuramah di peringkat antarabangsa.

"Ini bukan kali pertama Wan ditemuramah di peringkat antarabangsa, 30 tahun dulu Wan pernah muncul dalam sebuah rancangan 'Talk Asia' yang dihoskan oleh Lorreian Hann di CNN.

"Wan merupakan orang ketiga dari Malaysia muncul dalam rancangan tersebt selepas Pak Lah dan Mahathir.

"Selepas Wan muncul dalam rancangan tu, barulah selebriti-selebriti antarabangsa lain seperti Shah Rukh Khan dan ramai lagi muncul," kata Chef Wan yang baru melancarkan buku resepi terbarunya, ‘Sajian Tradisi bersama Chef Wan’.

Malah Chef wan juga pernah ditemuramah oleh stesen TV antarabangsa seperti Al-Jazeera, BBC London dan juga pernah muncul dalam rancangan 'Driven' di CNBC.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan