Peguam Jackson: Lester perlu buktikan dia ayah Paris

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mark Lester.
Mark Lester.

PELAKON kelahiran Britain Mark Lester semalam dikutuk kerana membuat dakwaan yang dia adalah ayah kepada anak Michael Jackson iaitu Paris.

Antara mereka yang marah dengan dakwaan Lester ialah peguam famili Michael, Londell McMillan.

"Ini satu lagi dakwaan yang tidak masuk akal dan tidak ada bukti sahih. Lagipun mahkamah tidak ada masalah jika ada sesiapa yang ingin membuktikan dakwaan mereka adalah ayah kepada anak-anak Michael," kata McMillan.

"Dakwaan ini tidak ada kesahihan langsung secara legal," jelasnya lagi.

Minggu lepas, Lester, 51, mendakwa dia adalah ayah kepada Paris, 11. Kononnya, dia pernah menjadi donor sperma untuk Debbie Rowe, ibu kepada dua orang anak Jackson.

Lester, yang sanggup mengambil ujian DNA turut mendakwa yang wajah Paris saling tak tumpah dengan anak perempuannya, Harriet, 15.

Sehingga hari ini, Mark dan Harriet masih tidak membuat apa-apa dakwaan baru.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan