Fareez sanggup penuhi 100 peratus tuntutan dua hartanah oleh Noraniza

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraniza Idris ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Noraniza Idris ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

KUALA LUMPUR: Bekas suami Ratu Lagu Etnik, Noraniza Idris, Fareez hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bahawa dia sanggup memenuhi tuntutan hak milik dua hartanah oleh bekas isterinya itu.

Tuntutan sebanyak 50 peratus harta tersebut dibuat ke atas rumah kediaman di Seksyen 6 dan sebuah rumah kedai tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Dalam perbicaraan itu, secara tiba-tiba Fareez mengumumkan dia sanggup menyerahkan milikan 50 peratus terhadap rumah itu dan 50 peratus lagi terhadap bangunan rumah kedai yang kedua-duanya terletak di Wangsa Maju.

"Saya tidak ingin ia dipanjang-panjangkan lagi dan perkara aib ini dibesar-besarkan lagi.

"Oleh itu, saya bersedia beri tuntutan milikan 50 peratus untuk rumah dan 50 peratus lagi untuk rumah kedai di Wangsa Maju tetapi bersyarat!," katanya.

Bagaimanapun, Fareez atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad Tajuddin memberitahu mahkamah dia hanya ingin berurusan dengan peguambela Noraniza, Zuri Zabidin Budiman.

"Saya hanya hendak berbincang dengan peguam Noraniza. Saya tidak ingin berjumpa dengannya (Noraniza). Itu saja," tegas Fareez.

Beberapa minit selepas itu, Zuri berbincang dengan anak guamnya, Noraniza sebelum membuat keputusan.

Zuri kemudiannya memberitahu Hakim Syarie: "Anak guam saya telah bersetuju tetapi pihak plaintif (Noraniza) bimbang ia mungkin satu helah untuk menambahkan tempoh perbicaraan.

"Dengan itu, saya mohon mahkamah untuk menetapkan masa perbicaraannya."

Permohonan Zuri itu mengundang kemarahan Fareez sehingga bangun dan memberitahu: "Oleh kerana anda bimbang ini dan itu, saya tawar 100 peratus rumah tersebut kepada anda.

"Itu adalah untuk bahagian anak-anak saya. Faham tak, saya menanggung persekolahan, makan minum dan tempat tinggal akan-anak saya," tegas Fareez.

Semasa perbicaraan itu juga, Fareez juga mendakwa rumahtangga mereka berantakan ekoran kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun Noraniza menafikan perkara tersebut ketika di luar mahkamah.

"Dia sebenarnya cemburu. Saya bersih sepanjang perkahwinan.

"Tiada sesiapa yang tahu tentang masalah antara saya dan dia. Hanya kami yang tahu..keluarga saya pun tak tahu," jawabnya.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan 26 Ogos jam 9 pagi di mahkamah yang sama untuk merekodkan persetujuan kedua-dua pihak - plaintif dan defendan - berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu.

Noraniza hadir berpakaian perang dan bertudung coklat dan ditemani saudara-maranya.

Fareez pula berbaju kot. Noraniza diwakili peguambela Zuri Zabidin Budiman sementara Fareez mewakili dirinya sendiri, tanpa bantuan guaman.

Noraniza berkahwin dengan Fareez, 40, pada 31 Mac 1988 sebelum berpisah pada 7 April 2006 dengan talak satu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan